Monday, June 7, 2010

Pergi

Hari ni dapat berita gembira + sedih. Risau juga nak masuk blog sebab tuan punya badan belum buat keputusan. Takut tak jadi. Tapi saya tetap nak abadikan berita ini sebagai sejarah. Salah seorang GPK saya dihubungi oleh pihak JPNS untuk dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di salah sebuah sekolah di Petaling Perdana. 
   Pada awalnya dia nak menolak. Jauh, jalan jem, tempat tak biasa, bimbang dan macam-macam perasaan datang bersilih ganti. Kenapa tak bagi di SK Kg. Baru Lanjut aje?? Siapalah kita nak minta-minta, kan. Puas kami di pejabat ni memberikan nasihat, sokongan dan semangat. Sana-sini dia call minta pandangan dan bantuan kalau boleh diadjust penempatan yang lebih hampir. Kuala Langat pun tak kisah. Air matanya sesekali mengalir. Saya faham. Siapa nak tolak rezeki tapi kenapa jauh sangat. Namun saya harap dia menerima tawaran tersebut dengan hati terbuka. "Buat sujud syukur", bak kata Farah.
   Sedih sebab saya dan sekolah akan kehilangan aset berharga kami. Mentor guru-guru, kesayangan anak-anak murid dan tonggak UPSR kami! Walaupun jauh di sudut hati, saya enggan melepaskan dia pergi, tapi demi kerjayanya yang begitu cemerlang, saya rela. Kita pun bukan boleh menongkat langit. Sampai masa, mungkin kita pula akan ditukarkan ke mana-mana. Saya percaya pemilihan ini adalah atas kelayakan dan pengalamannya yang begitu banyak. 
   Semoga dia akan pergi dan bersedia menyahut cabaran ini. Pengorbanan memang selalu mengiringi setiap kenaikan pangkat. Saya doakan dia akan melepasi segala halangan. Ada rezeki, minta balik Sepang semula. Esok saya akan bawa dia survey sekolah tu. Jangan salah anggap. Saja sebagai moral support. Diharap bila dia dah tengok sekolah baru tu dengan layanan guru-guru di sana, dia akan semakin bersedia. 
   Apapun saya amat bersyukur dan turut merasa bangga dengan berita ini. 
Pergilah...
kami relakan dikau pergi
kerana dikau terpilih
antara seribu permata yang berkilau itu.

5 comments:

  1. salam buat kak aida...
    ala..kalau org baru naik jawatan biasa la kena uji...tidak tak tahu sejauhmana ikhlasnya dia ngan jawatan tu...

    ReplyDelete
  2. salam ..
    hanya ucapan tahniah yang dapat saya berikan buat GPK Kak Aida tu..yang lain terserah pada tuan punya badan..peluang tak selalu datang..

    ReplyDelete
  3. Salam Aida.. kakcik pun baru menolak tawaran kenaikan kerana tempatnya yang terlalu jauh. Tak sanggup rasanya 'menerima sedikit' untuk menanggung 'kerugian' yang lebih banyak. Berjauhan dengan keluarga dan mungkin akan kehabisan wang untuk tambang kapalterbang sahaja demi untuk 'menjenguk sebentar' keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu..selamat berjuang cikgu.. selamat manjadi Guru Besar cikgu.. ' andai diberi kesempatan untuk menaiki kapal menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza pun ..moh kita pergi cikgu ''..

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Long. Keikhlasan akan hadir bersama niat yang suci. Kalau niat kita nakkan pangkat semata-mata, kerja entah apa-apa, baik tak payah.

    Terima kasih Zul. Betul cakap Zul, peluang tak selalu datang. Fikirlah masak-masak.

    Salam kakciks. Kalau saya pun diberi kenaikan pangkat sampai kena naik kapal terbang, saya akan tolak. Macam tak logik je rasanya.

    Salam En. Yassin. Marilah kita sama-sama berjuang dengan kemampuan yang kita ada. Nak ke Gaza, taklah kot. Belum berani lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...