Thursday, July 1, 2010

Rombongan KLIA dan LADAP PIBG

Hari ini berlangsung dua program di sekolah. Sebelah pagi, murid-murid Tahun 6 Rasional seramai 32 orang bersama 3 orang guru Tahun 6 iaitu Pn. Sa'diah, Pn. Rosmahwati dan Pn. Siti Zubaidah telah membuat Lawatan Sambil Belajar ke KLIA. Program lawatan ini adalah anjuran dan ditampung sepenuhnya oleh Petronas Dagangan Berhad (PDB). 
   Mereka bertolak dengan menaiki bas Malaysia Airports pada jam 8.00 pagi. Murid-murid merasa sangat bertuah kerana mereka telah dibawa melawat ke tempat-tempat strategik yang tidak boleh dikunjungi oleh orang awam. Kawalan keselamatan di tempat-tempat tersebut sangat ketat, bahkan gambar tidak boleh diambil sama sekali. Antara tempat yang telah dilawati adalah terminal, depot minyak, kargo, menara komunikasi, tempat mendarat dan penerbangan serta tempat penyelenggaraan kapal terbang.
   Bagi pihak sekolah, saya sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PDB dan Malaysia Airports kerana telah memberi peluang kepada murid-murid sekolah ini untuk merasai pengalaman yang amat mahal ini. Sesungguhnya murid-murid telah mendapat pengetahuan dan ilmu yang sangat banyak daripada lawatan tersebut. Kepada murid-murid Tahun 6 kelas lain yang tidak berpeluang mengikuti rombongan tersebut, usah berkecil hati. Insya Allah akan ada rezeki yang lain pada masa depan.
Murid-murid berkumpul di dewan
Fasilitator PDB - Najiha dan Hafiz
Berbincang dengan seorang lagi fasi - Chua
Beratur naik bas
Bye-bye

   Pada sebelah tengah hari pula, telah diadakan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk guru-guru. Program selama lebih 2 jam ini telah ditaja sepenuhnya oleh PIBG termasuk bayaran penceramah serta jamuan penceramah dan peserta. Sebahagian besar guru telah hadir kecuali yang mempunyai urusan rasmi dan yang bercuti.
   Tajuk ceramah adalah Pemikiran Refleksi Pedagogi dan telah disampaikan oleh Pn. Salhah binti Abdullah (pensyarah USIM). Terima kasih diucapkan kepada PIBG dan syabas buat guru-guru atas kerjasama yang diberi. Semoga guru-guru akan lebih bermuhasabah diri dan membaiki pendekatan, strategi, kaedah dan teknik p & p masing-masing seiring dengan ilmu yang diperolehi hari ini. Sesungguhnya setiap guru perlu melakukan refleksi selepas setiap pengajaran agar kualiti p & p akan semakin baik dari semasa ke semasa. 
  Ucapan aluan GB
Guru-guru memberi perhatian
Penceramah menyampaikan ceramah ilmiah yang sangat berkaitan dengan guru-guru
Guru ganti Ridhwan yang sporting
 Penceramah adalah penulis buku terkenal rupanya
Terima kasih puan
Jam 4.00 petang, rombongan ke KLIA sampai di sekolah semula

2 comments:

  1. salam..
    nampak letih budak2 tu..
    tapi balik dengan rasa gembira
    dapat ilmu di dada...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...