Monday, September 27, 2010
Jalan-jalan
Mulai esok, saya akan berkelana agak lama atas beberapa urusan. Hujung minggu je ada kat sekolah. So, mungkin saya kurang dapat berbloglah. Sesiapa yang rindukan mencari saya, (eh eh ada ke orang yang merindui saya?), saya pun rindukan U all. Nanti kalau saya ada berita di celah-celah misi saya tu, saya akan cuba titipkan. Kepada guru-guru dan anak-anak murid, jaga diri baik-baik ye.
Tuesday, September 21, 2010
UPSR
Hari ini hampir semua anak yang lahir pada tahun 1998 di seluruh negara menduduki peperiksaan UPSR. Tidak ketinggalan murid-murid Tahun 6 SKKW. Kertas hari ini ialah BM Pemahaman, BM Penulisan dan Matematik Kertas 2 yang bermula pukul 8.15 pagi hingga 12.25 tengah hari.
Beratur masuk ke dewan peperiksaan
Selesai BM Pemahaman - relax jap
Lokman demam - ambil periksa di Bilik Kesihatan
Aksi bersahaja buah hati Pendidikan Khas
Milah dan Suzi mengemas dan menceriakan bilik j-QAF
Liza yang rajin
Kelas yang kecil dibahagi dua lagi - apa nak kata murid dah bertambah ramai!
Monday, September 20, 2010
Majlis Restu Ilmu
Esok UPSR akan bermula. Hari ini ada beberapa peristiwa berlaku di sekolah. Antaranya yang paling utama ialah Majlis Restu Ilmu. Majlis ini dilangsungkan semasa perhimpunan pagi di mana semua murid Tahun 6 beratur bersalaman dan memohon restu daripada guru-guru. Semoga dengan restu yang diberikan oleh guru-guru, murid-murid akan dapat menduduki peperiksaan esok dengan yakin dan tenang seterusnya memperolehi kejayaan yang cemerlang.
GB bagi ucapan
Murid-murid Tahun 6 bersiap sedia untuk memohon restu guru-guru
Guru-guru pun bersedia
Sesi bersalam-salaman bermula
Maafkan saya cikgu
Jawab betul-betul tau
Doa restu kami mengiringi kalian
Beratur
Semoga Acik mendapat kejayaan cemerlang
Good luck Arman!
Dewan peperiksaan menanti penghuninya esok
Kerusi meja disusun di luar kelas
Pengawas-pengawas peperiksaan bermesyuarat dan memantau persediaan sekolah
Di bilik tayangan PSS, cikgu Zana merelief kelas guru yang tak hadir sambil membaca blog GB
Hari ini juga, sekolah didatangi 2 orang nazir memantau calon Guru Cemerlang. Moga berjaya buat cikgu Zurina!
Nazir sedang mencerap p&p Zurina di Makmal Komputer
Pada sebelah petangnya pula, murid-murid Tahun 6 telah datang ke sekolah menghadiri program Help Desk. Ini adalah hari ke-2 program tersebut diadakan. Kali ini giliran guru-guru Sains dan Matematik Tahun 6 memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah berkaitan persediaan UPSR. Program diadakan di kantin sekolah. Berikut adalah suasana yang sempat dirakamkan...
Selamat Berjuang buat semua murid Tahun 6 SKKW.
Kami doakan kejayaan anda.
Friday, September 17, 2010
Solat Hajat 2
Ni baru je balik dari program Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat 2 yang diadakan di Dewan Terbuka sekolah. Memandangkan hari ini hari pertama bersekolah selepas cuti raya, tambahan ramai lagi yang masih bercuti, kehadiran ibu bapa, anak murid dan guru-guru tadi bolehlah dikatakan sangat menggalakkan. Terima kasih kepada yang telah hadir. Sesungguhnya program tahunan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid tentang kepentingan sikap mengharap dan bertawakkal kepada Allah setelah segala usaha dilakukan selama ini. Ia juga sebagai medan untuk menanam dan membina budaya hidup dan kecintaan Islam dalam diri murid.
Kesempatan mengumpulkan murid-murid serta ibu bapa mereka memberi peluang kepada penceramah untuk memberi tips dan perkara-perkara yang patut diberi perhatian dan dipraktikkan oleh ibu bapa dan anak-anak menjelang peperiksaan UPSR Selasa depan. Semoga kejayaan akan mengiringi anak-anak kita hendaknya. Insya Allah.
Kesempatan mengumpulkan murid-murid serta ibu bapa mereka memberi peluang kepada penceramah untuk memberi tips dan perkara-perkara yang patut diberi perhatian dan dipraktikkan oleh ibu bapa dan anak-anak menjelang peperiksaan UPSR Selasa depan. Semoga kejayaan akan mengiringi anak-anak kita hendaknya. Insya Allah.
Antara yang hadir
Selepas selesai bacaan yassin dan solat, GB menyampaikan ucapan aluan
Hadirin memberi perhatian
Ceramah disampaikan oleh ustaz Fazli
Aiman meminta ampun daripada ibunya; Pn. Sa'diah - terima kasih kerana sudi hadir
Cenderahati buat ustaz Fazli
Terima kasih tuan imam jemputan - ustaz Faizal
Jamuan ringan disediakan
Terima kasih semua
Selepas selesai bacaan yassin dan solat, GB menyampaikan ucapan aluan
Hadirin memberi perhatian
Ceramah disampaikan oleh ustaz Fazli
Aiman meminta ampun daripada ibunya; Pn. Sa'diah - terima kasih kerana sudi hadir
Cenderahati buat ustaz Fazli
Terima kasih tuan imam jemputan - ustaz Faizal
Jamuan ringan disediakan
Terima kasih semua
Subscribe to:
Posts (Atom)