Friday, September 17, 2010

Solat Hajat 2

Ni baru je balik dari program Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat 2 yang diadakan di Dewan Terbuka sekolah. Memandangkan hari ini hari pertama bersekolah selepas cuti raya, tambahan ramai lagi yang masih bercuti, kehadiran ibu bapa, anak murid dan guru-guru tadi bolehlah dikatakan sangat menggalakkan. Terima kasih kepada yang telah hadir. Sesungguhnya program tahunan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid tentang kepentingan sikap mengharap dan bertawakkal kepada Allah setelah segala usaha dilakukan selama ini. Ia juga sebagai medan untuk menanam dan membina budaya hidup dan kecintaan Islam dalam diri murid.
   Kesempatan mengumpulkan murid-murid serta ibu bapa mereka memberi peluang kepada penceramah untuk memberi tips dan perkara-perkara yang patut diberi perhatian dan dipraktikkan oleh ibu bapa dan anak-anak menjelang peperiksaan UPSR Selasa depan. Semoga kejayaan akan mengiringi anak-anak kita hendaknya. Insya Allah.
Antara yang hadir

Selepas selesai bacaan yassin dan solat, GB menyampaikan ucapan aluan
Hadirin memberi perhatian

Ceramah disampaikan oleh ustaz Fazli
Aiman meminta ampun daripada ibunya; Pn. Sa'diah - terima kasih kerana sudi hadir
Cenderahati buat ustaz Fazli
Terima kasih tuan imam jemputan - ustaz Faizal
Jamuan ringan disediakan
Terima kasih semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...