Sunday, October 24, 2010

Persiapan Dinner

Semalam PIBG telah mengadakan Mesyuarat Majlis Makan Malam Amal SKKW buat kali ke-3. Mesyuarat dihadiri oleh semua AJK PIBG guru dan ibu bapa, semua GPK, dan turut disertai oleh beberapa orang ibu bapa lain yang terdiri daripada AJK Mini PIBG serta guru-guru yang dilantik sebagai Ketua AJK Pelaksana. Ketua-ketua ini telah memberikan laporan masing-masing berkaitan dengan perkembangan persiapan majlis. Perbincangan mesyuarat semalam berkisar tentang pelbagai perkara dan masalah berkaitan penganjuran majlis dinner tersebut yang akan diadakan pada 19 November 2010 di Nilai Springs. 
   Setakat semalam, baru lebih 70 kerusi telah dijual di mana kebanyakannya dibeli oleh guru dan keluarga mereka. Sasaran sekurang-kurangnya 300 kerusi. Sambutan di kalangan ibu bapa masih kurang memuaskan. Namun AJK PIBG telah merancang berbagai-bagai pendekatan untuk merancakkan penjualan kerusi dan meja serta mendapatkan sumbangan dari pihak korporat. Tahniah buat En. Latib, Hj. Majed dan En. Munir yang nampak bersungguh-sungguh melaksanakan projek ini. Tak kurang juga YDP Dr. Mohd. Rushdan dan Ustaz Irwan selaku Naib YDP. Tabik juga buat En. Himily yang telah bersetuju mencari sponsor untuk membiayai kerusi bagi murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR dan dua orang Tokoh Murid. Tqvm!
   AJK Publisiti setakat ini telah mempromosi dalam radio Ikim, Sinar, Era, Suria, mudah.my dan Zon Aktiviti Era. Selain banner, brosur-brosur juga telah ditampal di beberapa tempat strategik di Kota Warisan dan BBST. Malahan selepas ini mereka akan mengeluarkan 2 lagi brosur berbentuk memo kepada murid-murid. 
   Di sebalik keterujaan membuat persiapan majlis ini, Tuan YDP Dr. Mohd. Rushdan telah membawa khabar bahawa beliau akan menunaikan fardu haji pada 30 Oktober 2010 ini dan hanya akan kembali ke tanah air selepas majlis berlangsung. Tak apalah Dr. Moga Dr. selamat berangkat dan selamat kembali, diberi kesihatan mengerjakan ibadat haji dan mendapat haji mabrur. 
   Sehubungan itu, En. Munir akan mengambilalih tugas sebagai Penyelaras Majlis bersama AJK-AJK yang lain. Terima kasih atas komitmen En. Munir walaupun anak beliau telah pun bertukar ke Sekolah Internasional Nilai. Jasa tuan sangat kami hargai.
   Kepada ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan. Marilah kita berhibur sambil menderma untuk sekolah anak tuan/puan juga. Memang ada yang berbisik bahawa harga kerusi RM65.00 dewasa dan RM45.00 kanak-kanak itu sebagai mahal. Tetapi jamuan ini bukan sebarang jamuan. Jamuan di hotel 5 star sambil menyaksikan persembahan artis Rabbani dan Aishah. Murah sangat tu!!
Saksikan persembahan Rabbani dan Aishah di Majlis Makan Malam Amal PIBG SK Kota Warisan pada 19 November 2010 ini.

6 comments:

  1. Salam Kak Aida..

    kalau lapang boleh gak join..
    tgk jadual dulu..
    x kisah la klu xde sedara mara yg skolah kat
    SKKW pun kan? open eh?

    ReplyDelete
  2. Salam cik Shinju. Terima kasih atas respons. Majlis ini terbuka untuk semua, bukan hanya untuk yang ada sedara mara kat sekolah ni saja. Nanti datang sekolah ya. Kalau saya tak ke mana, boleh kita jumpa. No. tel SKKW 03-87068799. TQ again

    ReplyDelete
  3. Salam Aida...

    mesti anak2 itu seronok diraikan. Semoga kejayaan mereka akan menjadi contoh dan memberi rangsangan kepada 'adik2 mereka' untuk mengikut jejak langkah yang sama...

    ReplyDelete
  4. Salam kakcik. Kami suspens gak berapa oranglah tahun ni dan berapa % kelulusan. Kalau result kaw, mesti dinner itu happening. Tapi kalau sebaliknya, tak dapatlah nak dibayangkan kehambarannya.

    ReplyDelete
  5. salam..
    hebat ni kan,ada jemputan
    artis lagi..lain kali jemput
    Maher Zain..tengah popular tu,he he

    ReplyDelete
  6. Salam Zul. Kalau sambutan baik dan pulangan berbaloi-baloi, Insya Allah tahun depan boleh le jemput Maher Zain pulak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...