Saturday, January 8, 2011

Kenangan MPK 82/84

Sejak cuti ni, mati kutu nak cari idea untuk entri baru. Tup.. tup... dapat satu bahan. Sejak sebulan dua ni, saya dah mula dapat contact  balik kawan-kawan lama semasa di Maktab Perguruan Kuantan 1982 / 1984 dulu. Mana lagi kalau tak melalui facebook yang popular tu. Kak Esah yang banyak merapatkan balik hubungan kami sebab dia banyak upload gambar-gambar kami. Saksikanlah gambar-gambar saya masa muda-muda dulu. Terima kasih kak Sah... 
Baru masuk maktab
Kat Teluk Cempedak dengan member-member
Jamuan apa entah ni
Kepada kawan-kawan, jomlah kita reunion.....

8 comments:

  1. memang seronok bertemu semula teman lama. saya baru ni buat reunion dengan teman sekolah ynag terpisah 37 tahun lalu... alhamdulillah ramai yg hadir dengan pelbagai jawatan ..tak sangka .

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Puas perati gambo tu..
    Mane satu la Kak Aida.. :)
    MPTAA dulu kat Semambu kan?
    Skang dah pindah Lipis..

    ReplyDelete
  3. Salam Abu Muaz - Bestnya dapat jumpa semula. Tapi nak urus majlis tu yang susahnya.

    Salam cik Shinju - Sebelum Semambu, kami orang sempat belajar kat MPK kat Teruntum tu. Haahlah sekarang dah pindah Lipis..

    ReplyDelete
  4. Aida,
    Maktab Perguruan Teruntum, tinggal kenangan...akak pernah bertugas di sana 1987-1994. Maktab terkecil waktu itu.

    ReplyDelete
  5. kena buat reunion tu.. mengimbau kisah lama hehe

    ReplyDelete
  6. Kak Nora pensyarah maktab tu ke? Besar jasa akak dalam dunia pendidikan.

    Zino, hajat hati nak sangat jumpa kengkawan dulu, tak tau le dapat ke tidak.

    ReplyDelete
  7. IM juga suka baca baca tulisan AA. mungkin kerana kita seusia.

    muga terus tabah dalam hidup tanpa luluhawa dalam semangat..

    ReplyDelete
  8. Tkasih IM. Moga saya dapat meminjam semangat dan ketabahan tuan hamba itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...