Monday, February 28, 2011

English Month

Perhimpunan pagi ini merupakan perhimpunan sulung saya bagi tahun ini. Saya diminta melancarkan bulan Panitia Bahasa Inggeris. Saksikan gimik pelancaran English Month 2011....
   "I hope that this ceremony will be a starting point to trigger and generate more passion and interest in the English Language usage ini our daily life"
 
Aksi-aksi lakonan Goldilocks and the 3 Bears
Murid-murid khusyuk menyaksikan persembahan
With the recital of Bismillahirrahmanirrahim, I officially launch the commemoration of English Language month for 2011 in SKKW
GB memberi amanat dan pesanan kepada murid-murid
"Lain kali semasa perhimpunan hari Isnin, pakai uniform sekolah dahulu"
Hari ini, saya dapat bertemu dengan Penutur Jati Mr. Philip Jordan dari London yang bertugas membimbing guru-guru B.Inggeris SKKW pada setiap hari Isnin. Nice to meet you. Lama dan seronok bersembang dengan beliau...
Alamak blurlah pulak gambar dengan Mr. Philip Jordan ni.
"Sorry, next time we'll take another photo ok"
Pn. Mariatul melatih murid-murid choral speaking

Saturday, February 26, 2011

Mesyuarat Agung PIBG ke-8

Pagi tadi, PIBG telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya buat kali ke-8. Terima kasih kepada En. Zuhaimi bin Md. Nasir, Penolong PPD Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Sepang yang telah sudi hadir merasmikan majlis. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Norizhar bin Kadarman kerana telah terpilih sebagai Yang Dipertua PIBG yang baru. Dr. Norizhar tidak asing lagi kepada guru-guru lama SKKW kerana beliau pernah menjawat jawatan yang sama pada tahun 2004 dan 2005 yang lalu. Tahniah juga kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG yang kebanyakannya muka-muka baru. Berikut adalah senarai AJK PIBG SKKW bagi sesi 2011 / 2012;
Yang Dipertua          : Dr. Norizhar bin Kadarman
Naib Yang Dipertua : Dr. Irwan bin Mohd. Subri
AJK                            : 1. Pn. Suhaila
                                      2. Dr. Zulfazli
                                      3. Pn. Azlin
                                      4. Pn. Noraishah
                                      5. En. Latif
                                      6. En. Prem
Juru Audit                   : En. Nazri                 
   Semoga barisan kepimpinan PIBG tahun ini akan dapat meneruskan usaha-usaha membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan.
Booklet AGM PIBG
Pendaftaran
Hadirin
Pengacara dan pencatat
YDP PIBG, Pegawai PPD, GB dan GPK1
Bacaan doa oleh guru praktikum Bahasa Arab - Ustaz Mohd Syakir bin Hashim
Ucapan GB
Ucapan YDP PIBG - Dr. Mohd. Rushdan
Ucapan Perasmian pegawai PPD - En. Zuhaimi
Penyampaian sijil kepada AJK PIBG dimulai dengan YDP
Cenderamata kenangan daripada PIBG kepada PPD
Mesyuarat Agung dimulakan
GB, Farizul dan Salmi menemani PPD jamuan ringan di Bilik Mesyuarat
Pembubaran AJK PIBG 2010/2011
Dr. Mohd. Rushdan dilantik sebagai Pengerusi Sementara
Pencalonan YDP dan NYDP
Calon-calon YDP dan NYDP memperkenalkan diri
Ahli-ahli mengundi
Dr. Rushdan menjemput YDP baru naik ke pentas
YDP baru - Dr. Norizhar meneruskan proses pelantikan AJK-AJK
Saya mencadangkan....
Undi calon yang berkenan
Keputusannya...
YDP membincangkan usul dan cadangan
Ustazah KAFA menimbulkan beberapa persoalan
Makanan diedarkan
Sebelum balik, masing-masing tolong berkemas

Thursday, February 24, 2011

Kembali ke sekolah

Setelah bercuti 2 bulan, hari ini saya kembali ke sekolah. Tapi langkah tak berapa normal, masih terdengkut-dengkut sebab masih terasa ngilu dan pedih pada pergelangan kaki. Jumpa guru-guru, bersalaman, berpelukan. Sampaikan sepatah dua kata kat murid-murid dalam perhimpunan harian pagi. Ronda kelas sampai tingkat 4. Kesian murid-murid mencari kerusi. Memang tak cukup rupanya kerusi anak-anak muridku. Bincang dengan GPK, order lagi kerusi. 
   Pergi kantin, sembang dengan pengusaha kantin dan isterinya. Semoga aduan-aduan ibu bapa dan guru dapat diberi perhatian. Baiki komunikasi dan tingkatkan kebersihan. 
   Jumpa guru-guru AJK PIBG sesi baru, terima kasih sudi menerima lantikan. Sembang dengan guru-guru praktikum - ada 10 orang guru IPG praktikum ketika ini. Telefon PPD berkaitan calon-calon guru untuk "redeployment". Rayu tak perlu calonkan nama guru untuk digerakkan - sebab 2 kelas baru dah dibuka. Plan mesyuarat Pengurusan dan Guru minggu depan. Esok nak buat taklimat SKPM.
   Selesaikan surat-surat yang menimbun atas meja, semak akaun dan fail-fail. Tengah hari selepas tamat sesi persekolahan, buat perjumpaan dengan guru-guru di Bilik Mesyuarat. Sesi berkenalan dengan guru-guru baru, sampaikan ucapan terima kasih, amanat dan nasihat. Peringatkan guru-guru tentang etika dan disiplin. 
   Selesai taklimat, AJK Kelab Guru dan Kakitangan buat mesyuarat pertama. Banyak idea dilontarkan untuk menambah dana. Syabas Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan yang baru - cikgu Salmi! 
   Sebelah petang, berbincang dengan ustazah Norlia; Ketua Guru KAFA. Terus print MoU KAFA 7 set. Telefon PPD tentang format yang dikehendaki. Esok kena siapkan unjuran kelas. Insya Allah minggu depan dah boleh hantar ke PPD untuk dipanjangkan ke JPS bagi memohon kebenaran untuk tahun ni.
   Sebelum balik, tulis Buku Rekod Mengajar. Alamak dah pukul 6.00 petang, belum makan lagi. Singgah Medan Selera, cari nasi kerabu dan laksam....

Tuesday, February 22, 2011

Ke hospital lagi

Sebagaimana yang ditetapkan, pagi tadi saya pergi lagi ke Hospital Putrajaya untuk rawatan susulan di Unit Orthopedik dan Fisioterapi. Orang punyalah ramai, lama betul baru dapat buat x-ray dan jumpa doktor. Alhamdulillah doktor kata tulang kaki saya dah pulih. Esok dah boleh kerja. Oleh kerana dah lewat, saya buat fisio sebelah petang. Jumpalah GB SK Sg. Melut; En. Basri sama-sama buat rawatan fisioterapi. Nampaknya cikgu Basri dah semakin sihat dan berisi. Syukur kepada Yang Maha Esa.
   Selesai fisio, dapat appointment kena datang lagi pada 16 Mac 2011. Alahai, ingatkan dah tak payah pergi. "Last", kata jurupulih yang baik hati tu - Anny. Terima kasih kepada kakitangan Hospital Putrajaya. Jasamu kukenang! 
Depan pintu Unit Ortopedik
Seronok melayan anak Iran ni - Armi 11 bulan

Wednesday, February 16, 2011

GPK Pendidikan Khas

Tadi pagi, Pn. Nor Mi Aw. Nik; Penyelaras Pendidikan Khas sekolah kami telah menerima sepucuk surat dari JPN Selangor. Isi kandungannya meminta Nor Mi ke Bahagian Pengurusan Latihan, JPS di Seksyen 6, Shah Alam pada hari Jumaat ni (18 Februari 2011). Nor Mi akan menerima surat pelantikan sebagai GPK Pendidikan Khas DGA32. Tapi..... yang suspennya tidak dinyatakan di sekolah mana. Harap-harap dia dapat naik di sekolah yang sama - SKKW juga! Kita doakan sama-sama. Apapun setinggi-tinggi tahniah kepada cikgu Nor Mi...
GPK Pendidikan Khas yang sentiasa komited
Berita terkini 18 Feb. 2011
Pn. Nor Mi sah jadi GPK Pendidikan Khas di SK Kota Warisan. Congratulations!

Merentas Desa

Petang tadi berlangsung Acara Merentas Desa di sekolah. Semua murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 kecuali yang mempunyai masalah kesihatan terlibat dalam acara tersebut. Guru-guru juga bertugas sebagai pegawai dan jawatankuasa program. Tahniah kepada semua murid sama ada yang berjaya maupun yang tak berjaya. Sesungguhnya iltizam kalian untuk menamatkan larian menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Syabas juga kepada para guru. Majulah Sukan Untuk Negara!
Cikgu Haryati bersama anak-anak murid selepas selesai acara penyampaian hadiah merentas desa

Monday, February 14, 2011

Lawatan ke UK Agro Farm Resort

Panitia Kajian Tempatan SKKW akan menganjurkan program Lawatan Sambil Belajar ke UK Agro Farm Resort, Kluang, Johor pada 30 Mac 2011 ini. Lawatan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00 termasuk pengangkutan, sarapan pagi, makan tengah hari, bayaran masuk ke tempat lawatan, pemandu pelancong dan insurans pengembaraan. Pembayaran boleh dibuat secara ansuran sebanyak 2 kali. 
   Murid-murid akan dibawa melawat ke ladang biri-biri, burung unta, buah markisa, cendawan, sayur-sayuran herba, perkampungan orang asli dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik. Hasil program ini, adalah diharapkan murid-murid akan mendapat pendedahan dan pengetahuan berguna tentang projek pertanian moden di samping memupuk semangat setiakawan dalam menjayakan aktiviti-aktivit kumpulan yang dirancang.
  Sasaran kepada 80 orang murid yang terawal berserta bayaran. Jom gi Johor!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...