Tuesday, February 22, 2011

Ke hospital lagi

Sebagaimana yang ditetapkan, pagi tadi saya pergi lagi ke Hospital Putrajaya untuk rawatan susulan di Unit Orthopedik dan Fisioterapi. Orang punyalah ramai, lama betul baru dapat buat x-ray dan jumpa doktor. Alhamdulillah doktor kata tulang kaki saya dah pulih. Esok dah boleh kerja. Oleh kerana dah lewat, saya buat fisio sebelah petang. Jumpalah GB SK Sg. Melut; En. Basri sama-sama buat rawatan fisioterapi. Nampaknya cikgu Basri dah semakin sihat dan berisi. Syukur kepada Yang Maha Esa.
   Selesai fisio, dapat appointment kena datang lagi pada 16 Mac 2011. Alahai, ingatkan dah tak payah pergi. "Last", kata jurupulih yang baik hati tu - Anny. Terima kasih kepada kakitangan Hospital Putrajaya. Jasamu kukenang! 
Depan pintu Unit Ortopedik
Seronok melayan anak Iran ni - Armi 11 bulan

11 comments:

  1. Assalamu'alaikum CIKGU AIDA

    Subhanallah! Betullah yang duduk kat kerusi dah nak balik petang tadi tu (Selasa 22 Feb) Cikgu Aida! Sebab tak pernah ketemu in person, saya seganlah nak tegur. Saya pun ke Unit yang sama. Hehehe, tak berbeza orang sebenar dengan di gambar. Dan saya pun boleh kata, mata saya ni alright lagi... Semoga kaki cikgu pulih 100%, dengan cepat...Banyak kerja kat sekolah tu. Ceria selalu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Syukurlah dah pulih sepenuhnya. Selamat kembali ke zekolah. :)

    ReplyDelete
  3. salam Kak..
    alhamdulillah..dah sembuh akhirnya
    comeinya anak si Iranian tu kan..ala
    mat saleh campuran pun ada..he eh

    ReplyDelete
  4. Salam tuan Temuk. Tuan pun buat exercise tapak kaki guna 2 alat yang sama macam saya juga ke tadi? Baru saya ingat. Padanlah saya rasa macam kenal je tadi tu. Tak sangka tuan boleh perasan saya ya. Semoga cikgu pun cepat sembuh. Cikgu patah kaki juga ke macam saya?

    Salam kakcik. Ingat nak pergi sek esok tapi kena pi bengkel kat Bantinglah pulak esok. Hari Khamislah baru boleh jumpa murid2 dan cikgu2 tu!

    Salam Zul. Alhamdulillah dah sembuh tapi masih kebas2 dan ngilu. Doktor suruh jingkit2 kaki selalu supaya perjalanan darah lebih lancar.

    ReplyDelete
  5. Semoga pulih dan teruskan tugas memimpin organisasi sekolah cikgu dangan jayanya...

    ReplyDelete
  6. Cg Aida,
    Syukur sudah sembuh. Selamat bertugas semula. tentu warga sekolah rindu akan GB mereka.

    ReplyDelete
  7. Salam ckLah. Tkasih. Semoga mendapat kerjasama semua pihak. Siapalah saya tanpa mereka.

    Salam kak Nora. Syukran. Saya pun dah rindu sangat kat anak2 murid dan anak2 buah saya tu.

    ReplyDelete
  8. As-Salam CIKGU AIDA

    Saya jumpa pakar ortopedik kali petang tadi tu. Juga buat appointment utk pertama kali jumpa fisio, tak lama lagi. Masalahnya di bahu & lengan, sebab degil asyik angkat pasu, cangkul tanah & tanam pokok... Saya nampak Cikgu di bangku, beberapa minit sebelum Cikgu keluar naik kereta... cokelat, ye tak? Kebetulan saya pun on the way out masa tu. Jaga-jaga Cikgu, jangan tersilap langkah kaki tu, walaupun telah ok.

    ReplyDelete
  9. Wsalam tuan Temuk. Saya confuse tadi. Sebab kat dlm bilik gym tadi pun ada seorang yang seakan2 cikgu. Sebab kat situ pun saya duduk kat kerusi. Rupanya sofa kat lobi tu ya. Haah... saya tunggu anak yg balik rumah sebab lama sgt tunggu saya. Saya perasan dah. Memang macam kenal je bila tengok cikgu tadi. Tkasih, cikgu pun kena banyak rehat, kurangkan aktiviti lasak masa berkebun tu. (Kereta saya warna hitam)

    ReplyDelete
  10. Salam Zino. Patah tulang sebab jatuh tangga. Dapat mc 2 bulan. Esok keje dah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...