Sunday, July 17, 2011

Jam laser

Betul ke tidak nama yang saya beri ini, saya pun tak pasti. Tadi saya baru perasan rupanya Syarikat Kawalan Keselamatan SKKW telah memasang sistem kunci jam yang baru di sekolah untuk pengawal-pengawalnya "mengunci jam". Rupa-rupanya sudah seminggu pihak syarikat memasang sistem baru ini (hai apasallah mereka tak beritahu pihak pengurusan?) Mereka juga telah mencabut sistem kunci jam yang lama itu. Sistem baru ini kelihatan lebih canggih kerana ia menggunakan kemudahan laser. 
Inilah dia kunci laser - sistem kunci jam yang baru
Guard Loga sedang mengunci jam laser
Ia perlu dikunci setiap 2 jam. Terdapat 5 tempat di mana alat kunci laser ini dipasang iaitu di;
1. Depan bilik BOSS (SPBT)
2. Luar surau
3. Belakang bilik Pemulihan Khas
4. Luar tandas Blok B
5. Depan dewan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...