Monday, May 28, 2012

SPSK

Walaupun cuti sekolah, saya dan GPK 1 - Pn. Shikin bersama-sama semua Pengetua / Guru Besar & GPK1 sekolah-sekolah seluruh Sepang telah menghadiri Kursus Pendedahan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di SIRIM, BBST yang akan berlangsung selama 2 hari - hari ini dan esok. Sebagai penjawat awam, Insya Allah kami akan cuba melaksanakan sebaik mungkin semua arahan termasuk SPSK yang ala-ala ISO kurikulum ini. Walaupun prosedur kerjanya berjumlah sehingga 17 perkara, tetapi kebanyakannya telah lama dipraktikkan di SKKW. Semoga guru-guru dan staf dapat menyahut cabaran ini dengan hati terbuka sebagaimana yang kita amalkan selama ini - "Kerja keras adalah prinsip kita, kesibukan adalah makanan kita"
 
 Ucaptama Timbalan Pengarah JPN Selangor - Tn. Hj. Mahmud Karim
 Acara penyampaian anugerah kecemerlangan peperiksaan awam - Kak Siti Amarah menerima anugerah pencapaian 100% BM UPSR 2011 SK Pulau Meranti
 PPD Sepang menyampaikan cenderamata buat Tuan Timbalan JPS
 
 Penceramah pertama SPSK - En. Alias
Majlis Penutup hari Kedua (29.5.2012) :
 Perasmian penutup oleh PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah
 Penyampaian sijil oleh Tn. PPD Sepang
 Terima kasih, tuan
Pn. Shikin juga menerima sijil
 
Sorry En. Rahimi - terblock cameraman PPD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...