Monday, May 28, 2012

Kecemerlangan UPSR

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua guru, murid dan warga SKKW atas pengiktirafan kejayaan UPSR 2011 oleh pihak PPD Sepang sebentar tadi. Majlis tersebut telah diadakan di SIRIM sewaktu kursus SPSK. Sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai sasaran KPI daerah dalam peperiksaan awam termasuk SKKW telah menerima sijil kecemerlangan daripada Tuan Timbalan Pengarah JPN Selangor - Tn. Hj. Mahmud b. Karim dengan disaksikan oleh Tuan PPD Sepang serta para pegawai PPD dan pentadbir sekolah-sekolah daerah Sepang. 
   Selaku Guru Besar pertama (dan masih di sini) yang menyaksikan perubahan SKKW tahun demi tahun, kejayaan ini amat besar maknanya buat saya. Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaanNYA yang tak kunjung putus dari sehari ke sehari. Saya amat berterima kasih kepada semua guru khususnya guru-guru tahun 6 kerana telah berkorban dan meletakkan SKKW ke puncak yang meskipun tidak seberapa, namun kami puas. Jatuh bangun kita tetap bersama. Semangat kita tak pernah luntur. Momentum kita untuk mencapai yang lebih baik sentiasa di tahap maksimum dan usaha kita sentiasa bertaraf dunia. 
   Ayuh murid-murid dan guru-guru! Tahun ini kita akan melakukan transformasi ke arah kejayaan yang lebih gemilang. Pastikan UPSR 2012 adalah yang terbaik pernah kita capai. Amin...
 Kecemerlangan GPS
 
 Kecemerlangan Kuantiti
Kecemerlangan Kualiti

SPSK

Walaupun cuti sekolah, saya dan GPK 1 - Pn. Shikin bersama-sama semua Pengetua / Guru Besar & GPK1 sekolah-sekolah seluruh Sepang telah menghadiri Kursus Pendedahan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di SIRIM, BBST yang akan berlangsung selama 2 hari - hari ini dan esok. Sebagai penjawat awam, Insya Allah kami akan cuba melaksanakan sebaik mungkin semua arahan termasuk SPSK yang ala-ala ISO kurikulum ini. Walaupun prosedur kerjanya berjumlah sehingga 17 perkara, tetapi kebanyakannya telah lama dipraktikkan di SKKW. Semoga guru-guru dan staf dapat menyahut cabaran ini dengan hati terbuka sebagaimana yang kita amalkan selama ini - "Kerja keras adalah prinsip kita, kesibukan adalah makanan kita"
 
 Ucaptama Timbalan Pengarah JPN Selangor - Tn. Hj. Mahmud Karim
 Acara penyampaian anugerah kecemerlangan peperiksaan awam - Kak Siti Amarah menerima anugerah pencapaian 100% BM UPSR 2011 SK Pulau Meranti
 PPD Sepang menyampaikan cenderamata buat Tuan Timbalan JPS
 
 Penceramah pertama SPSK - En. Alias
Majlis Penutup hari Kedua (29.5.2012) :
 Perasmian penutup oleh PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah
 Penyampaian sijil oleh Tn. PPD Sepang
 Terima kasih, tuan
Pn. Shikin juga menerima sijil
 
Sorry En. Rahimi - terblock cameraman PPD

Thursday, May 24, 2012

Sambutan Hari Guru Negeri Selangor

Hari ini saya berkesempatan menghadiri satu lagi majlis Sambutan Hari Guru. Kali ini peringkat negeri Selangor pula yang diadakan di SACC, Shah Alam. Sungguh gilang-gemilang lagi class majlis yang diadakan. Tahniah buat JPS, PPD dan MGB Petaling Utama kerana berjaya menganjurkan sambutan tersebut dengan jaya dan lancar sekali. Syabas buat En. Sukimin Juki; GB SK Taman Putra Perdana yang telah mengharumkan nama Sepang atas kejayaan merangkul Anugerah Pemimpin Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 
   Setinggi-tinggi tahniah buat Tokoh-Tokoh Guru Negeri Selangor 2012;
1.  Pn. Kamariah bt. Zainuddin
2.  Tn. Hj. Kamaruddin b. Mansor
3.  Tn. Hj. Naziz @ Abd. Azizi b. Mustafa
Kontingen GB Sepang
Bersama mantan PPD Sepang - Tn. Hj. A. Rahman Ngit
Bersama orang-orang kuat MGB Petaling Utama
Barisan biru pink
Ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran - YB Dr. Mohd Puad Zarkashi
Ucapan Pengarah JPS - Tuan Abdullah bin Mad Yunos
Ucapan perasmian YB
Persembahan koir
Tokoh Guru di singgahsana

Wednesday, May 23, 2012

Sambutan Hari Guru Daerah Sepang

Semalam telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat daerah Sepang pula. Majlis telah diadakan di Dewan Jubli, INSPEN, Putrajaya. Memang gah lagi berprestij sambutan kali ini. Ditambah menu yang sangat istimewa. Saya dan guru-guru SKKW ditugaskan sebagai AJK Penyambut Tetamu / Pendaftaran / LO / Usherer.
 
 
 Di meja pendaftaran
 Bersama kak Siti Amarah
 Bersama kak Siti dan kak Zan
 Menunggu VIP di pintu utama
 Ketibaan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah Roslan
 Ketibaan Tokoh Guru - Tn. Mohamed Mokhtar Kassim - mantan PPD Sepang
Tokoh-tokoh Guru ditemani LO (Din dan Rosli) mendengar taklimat perjalanan majlis
Menemani isteri Tokoh Guru
 Meja pendaftaran yang sibuk
 Ketibaan YB Dato' Seri Ir. Mohd Zin
 Di bilik menunggu VIP
Menemani wakil Pengarah INSPEN - Pn. Kartini
 Usherer VIP - Zana dan Yan
 
 
 
 Sebahagian hadirin
 Kumpulan koir
 Pembaca ikrar
 Kak Zan menerima Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang
Tokoh Guru diiringi masuk
 
Din dan Rosli berdiri teguh di sisi
 Penyampaian hadiah Tokoh Guru
 Tn. Hj. Salehudin - mantan Pengetua SMK Cyberjaya
Bergambar ramai
 Cenderamata buat INSPEN
 Terima kasih buat YB Dato' Seri
  Menjamu selera
 
 Meja 56 - SKKW punya
 Bersama penyanyi koir - Farizul, Amir dan Nan
 Kenangan bersama kak Zan dan Emi
 Berlima di atas pentas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...