Thursday, January 10, 2013

Majlis Perutusan Tahun Baru 2013 KPM

Hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Perutusan Tahun Baharu 2013 KPM di PICC, Putrajaya. Seronok dapat berjumpa teman-teman lama sambil mendengar amanat dari Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran - YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin sebagai penyuntik semangat dalam menghadapi cabaran tahun 2013 ini. Kehadiran saya dan Pn. Noredzan GB SK Taman Seroja tambah bermakna apabila berpeluang bergambar dengan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor - Tn. Hj. Mahmud bin Karim. Terima kasih Tn. Haji kerana sudi menerima pelawaan kami untuk bergambar.
   Dalam majlis tersebut, pertama kali lagu baru "Transformasi Pendidikan Negara" diperdengarkan. Lagu tersebut telah didendangkan oleh Hafiz dan Stacy. Best juga iramanya...
 Stacy dan Hafiz
Bersama Pengarah Pelajaran Selangor - Tn. Hj. Mahmud Karim

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...