Sunday, March 31, 2013

Majlis perkahwinan anak Baha

Majlis walmatul urus yang telah saya hadiri kali ini juga sangat istimewa. Ini kerana bapa pengantin iaitu Baharudin Alias merupakan teman masa kecil-kecil tahun 1970an dulu ketika saya bersekolah rendah di Kuala Lipis, Pahang. Angah Bakar dan adik Emi turut sama hadir mengimbau kenangan lalu. Majlis di Klang tersebut sangat meriah. Menunya pelbagai dan banyak termasuk apam balik, putu piring, lauk-pauk masakan jawa selain nasi beriani yang sangat sedap dan banyak lagi. 
   Yang paling best sya dapat berjumpa dengan ibu Baha; Makcik Timah yang sangat rapat dengan saya masa muda-muda dulu. Bersua dengan adik-beradik Baha telah membangkitkan nostalgia lama meskipun masa yang ada sangat terhad, almaklumlah kenduri kahwin. Tahniah buat Baha dan keluarga, semoga berjumpa lagi di lain masa...
Bapa pengantin yang ceria
Adik Baha - Khalil bersama isteri dan anak-anaknya
 Bersama Baha dan adiknya; Amer

Thursday, March 28, 2013

Forum Bual Bicara Bersama Pesara Guru

Seronok jumpa teman-teman Guru Besar yang sudah berasara di Perbadanan Putrajaya

Sunday, March 24, 2013

Majlis kahwin anak Makcik Rokiah

Tiap-tiap minggu ada orang kahwin. Majlis perkahwinan kali ini sangat bererti kerana ibu bapa pengantinnya ialah adik kepada ayah saya berlainan ibu yang dah lama kami tak jumpa. Meriah sungguh majlis di Shah Alam tersebut. Abang saya; Bakar, adik saya; Emi dan beberapa orang saudara mara dari Melaka pun turut hadir. Tahniah buat Makcik Rokiah Ithnin kerana menerima menantu. Semoga hubungan silaturrahim ini akan semakin erat..
Semoga berjumpa lagi

Tuesday, March 19, 2013

Bengkel Sarana GPK HEM Sepang

JU pun melaksanakan tugas masing-masing...
 Slot Ustaz Ghani
 
 Para peserta - GPK HEM
 
 Sarana Ibu Bapa oleh Tn. Hj. Shaharudin
 Tunggu giliran
 Sarana Sekolah - Tn. Hj. Mohd. Amin
 Slot Perkongsian Kejayaan
 
 Dokumen & data - Nor Anikah
 Khusyuk

Tuesday, March 12, 2013

Bengkel Pemantapan Sarana

Hari ini sekali lagi Jurulatih Utama (JU) Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah seluruh daerah di negeri Selangor dipanggil bermesyuarat dan berbengkel pemantapan sarana. Saya dan SU PIBG SKKW - Pn. Nor Anikah Abd. Rahim turut sama mendengar amanat yang diberi. Mesyuarat diadakan di SMK Seafield - Johan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012. Selain memantapkan tugas-tugas JU, para JU akan memberi taklimat kepada pentadbir sekolah di daerah masing-masing pada minggu depan. Insya Allah kami akan melakukan sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas perkongsian maklumat berkaitan pemerkasaan organisasi PIBG serta komuniti demi kecemerlangan warga sekolah.
Mendengar taklimat
Para JU berbengkel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...