Majlis walmatul urus yang telah saya hadiri kali ini juga sangat istimewa. Ini kerana bapa pengantin iaitu Baharudin Alias merupakan teman masa kecil-kecil tahun 1970an dulu ketika saya bersekolah rendah di Kuala Lipis, Pahang.
Angah Bakar dan adik Emi turut sama hadir mengimbau kenangan lalu. Majlis di Klang tersebut sangat meriah. Menunya pelbagai dan banyak termasuk apam balik, putu piring, lauk-pauk masakan jawa selain nasi beriani yang sangat sedap dan banyak lagi.
Yang paling best sya dapat berjumpa dengan ibu Baha; Makcik Timah yang sangat rapat dengan saya masa muda-muda dulu. Bersua dengan adik-beradik Baha telah membangkitkan nostalgia lama meskipun masa yang ada sangat terhad, almaklumlah kenduri kahwin. Tahniah buat Baha dan keluarga, semoga berjumpa lagi di lain masa...
Bapa pengantin yang ceria
Adik Baha - Khalil bersama isteri dan anak-anaknya
Bersama Baha dan adiknya; Amer
No comments:
Post a Comment