Saturday, November 30, 2013

Mesyuarat Mini Karnival Surau Al-Hijrah

Selaku AJK Lajnah Pendidikan dan Jaulah Wa Siyahah (Pelancongan) Surau Al-Hijrah Kota Warisan, saya telah dijemput untuk bermesyuarat berkaitan Mini Karnival Surau yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Induk untuk diadakan setiap 2 bulan pada tahun 2014 nanti. Tahniah diucapkan kepada para muslimat khususnya Pengerusi Karnival; Pn. Sharifah yang telah memberi pandangan yang bernas dalam mesyuarat yang berakhir lewat malam itu. Semoga segala perancangan yang telah dibuat akan diperkenankan oleh JK Muslimin kelak.
 Ucapan aluan Pengerusi Muslimat Surau Al-Hijrah Kota Warisan - Ustazah Che Norlia
 Antara muslimat yang hadir
 Bersama Pn. Khairusiah - cikgu SKKW
 Bersama AJK Lajnah Remaja
Pengerusi Mini Karnival; Pn. Sharifah serius dalam lembut

Tuesday, November 26, 2013

Mesyuarat ALK

Petang ni saya hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Guru Besar Selangor Berhad (ALK) di SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam.

 
  Barisan ALK

Saturday, November 23, 2013

Majlis perkahwinan anak Hj. Kadir

Pada kesempatan menghantar Alang kembali meneruskan pengajian di UITM Sri Iskandar, kami sekeluarga telah singgah ke Tanjung Malim menghadiri majlis perkahwinan anak rakan UPSI saya; Tn. Hj. Kadir. Tahniah buat Aduka dan isteri kerana menerima menantu. Besar majlisnya dengan pelamin yang berskala dewan. Menu yang dihidangkan pun sangat lazat ditambah dengan sambal ikan keli yang special itu. Really awesome!!
 Jumpa teman UPSI; kak Alissa dan keluarga
 Pelamin bak di atas kayangan
Tahniah dan terima kasih banyak

Tuesday, November 19, 2013

Menziarah Kak Rabitah

Memandangkan minggu ini merupakan minggu terakhir buat kak Rabitah binti Jalaludin; Guru Besar SK Datuk Abu Bakar Baginda, Sepang bertugas menjelang persaraan beliau, maka saya dan beberapa orang rakan telah mengambil kesempatan di celah-celah kesibukan persiapan hujung tahun; melawat beliau di sekolah. Selamat Bersara buat kak Rabitah. Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta. Jasa dan kemesraan kak Bitah tetap akan dikenang sampai bila-bila. Semoga hubungan silaturrahim kita kan terus berpanjangan...
 Kak Rabitah jelas penyayang
 Ole-ole buat kak Bitah
 Cenderamata daripada Sadiah
 Bersama GPK Koku SK DABB; Pn. Siti Jamilah
 Menyampaikan sijil penghargaan dari MGB Negeri Selangor
 Sekadar sijil buat kenang-kenangan
 Bersama Wan Nor Fadriah - GB SK Dengkil
 Kak Samilah (mantan GB SK Sg. Merab) turut sama
Terima kasih kak Bitah atas jamuan yang disediakan

Sunday, November 17, 2013

Sketsa UPSR Edy

Meskipun tidak mendapat 5A, bagi saya dan keluarga pencapaian Edy mendapat 3A 2B dalam UPSR 2013 amat membanggakan kami. Edy mendapat B dalam B.Inggeris dan Sains. Tahniah buat Edy atas pencapaian terbaik tersebut. 
Edy menerima slip keputusan UPSR daripada GB a.k.a ibunya
Celebrate kejayaan Edy di pizza hut
   Pencapaian 3A 2B Edy ini menyamai keputusan Ayu dan Alang dengan B subjek yang sama juga. Maka dengan keputusan tersebut tamatlah sudah anak-anak saya selaku Guru Besar SK Kota Warisan menduduki UPSR dengan tiada seorang pun beroleh keputusan 5A. Juara dimiliki oleh Acik dengan 4A 1B, diikuti Angah Ayu, Alang Emilda dan Edy dengan 3A 2B dan terakhir Along dengan 1A (berpenyakit asmalah katakan huhu..)
   Namun ternyata UPSR bukan segala-galanya. Anak-anak murid yang tidak berjaya mendapat 5A atau keputusan cemerlang jangan berputus asa. Perjalanan masih jauh. Banyak lagi peperiksan awam sedang menunggu - PMR, SPM, STPM dan lain-lain. Mungkin akan datang peperiksaan awam tersebut berjenama baru. Balaslah kekecewaan di Tahun 6 dengan memperbaikinya di sekolah menengah. Yang paling penting, keputusan SPM akan menjadi kayu ukur kepada semua pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Universiti dan Kolej kelak. Jadi, berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Kurangkan membuang masa, ulangkaji pelajaran sebanyak mungkin. Dengan latih tubi yang banyak, memori kita akan kuat dan mudahlah bagi kita untuk menjawab soalan dalam peperiksaan dan sebarang pentaksiran.
   Untuk tujuan memberi semangat dan perangsang, saya ingin dan selalu menghighlightkan kejayaan anak kedua saya; Rose Idayu bt. Roslan yang meskipun hanya mendapat 3A 2B dalam UPSR tetapi sangat gigih belajar sehingga mendapat straight A's dalam PMR dan SPMnya. Beliau telah diterima masuk ke SM Sains Muar seterusnya belajar di Universiti Teknologi Petronas. Terkini beliau telah menjawat jawatan Engineer di Petronas KLCC. 
   So the moral of the story : jangan bersedih kalau tak dapat 5A. Tapi bagi yang mendapat keputusan cemerlang 5A, syukur banyak-banyak kepada Allah SWT. Doakan kecemerlangan tersebut berkekalan dan menjelma menjadi sahsiah yang mulia di samping rezeki yang murah pada masa depan berkat ibadat yang kita laksanakan...
Ayu sekarang berada di Seoul, Korea kerana bekerja untuk tempoh 10 hari

Thursday, November 14, 2013

Lunch santai UPSR

Sedalam-dalam syukur ke hadrat Allah SWT atas peningkatan pencapaian UPSR SKKW tahun 2013 ini (laporan lanjut sila klik di sini). Bagi meraikan kejayaan yang telah dicapai, guru-guru Tahun 6 serta beberapa orang guru lain telah mengadakan majlis santai makan tengah hari di Cyberview Lodge Resort & Spa pada petang hari pengumuman keputusan iaitu pada hari Khamis 14.11.2013. Semua guru mengeluarkan duit poket sendiri bagi meraikannya bersama. Beberapa orang guru tidak dapat turut serta atas hambatan tugas lain terutamanya berkaitan anak-anak dan keluarga. Hasrat kalian sangat kami hargai. Semoga kejayaan ini dapat diperbaiki lagi hasil kesetiakawanan para guru, ibu bapa serta gandaan usaha murid-murid sendiri. Doakan yang terbaik buat kita tahun hadapan...
Nice...

Saturday, November 2, 2013

Balik kampung vs kenduri kahwin di sana-sini

Kesibukan tak terkata, tapi undangan majlis perkahwinan silih berganti. Mana satu nak pergi. Pening memikirkannya. Sampai satu ketika hari ini, tak boeh nak pilih antara dua majlis - satu kenduri anak Pek Tam di Kampung Ayer Merbau, Jasin, Melaka dan satu lagi kenduri kahwin anak teman baik Khasanah dan Ahmad Nor Bakri di IUKL, Bangi. Lalu kami membuat keputusan untuk pergi dua-dua majlis. Pagi-pagi bertolak ke Melaka, singgah sekejap rumah emak di Kesang Tua, Jasin Melaka, Bertemu sebentar dengan anak menantu dan kemudian konvoi ke rumah Pek Tam - Sidang Kampung Ayer Merbau. 
   Setelah berada di sana lebih sejam sambil bermesra dengan saudara-mara yang lama tak jumpa, kami bergegas pula ke KL. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNYA. Meriah majlis perkahwinan Fahmi dan isteri - rakan UTP Ayu dan tunangnya; Rafi. 
    Semoga keempat-empat mempelai kekal bahagia hingga ke syurga..
 Bersama menantuku; Cikgu Mawar di rumah emak Kesang
 Bersama keluarga Pakndak Yahya dan Zul Skudai
 Selamat Menerima Menantu buat Pek Tam Hassan dan Mek Tam Ain
Berkongsi keceriaan Khasanah dan Ahmad Nor
 Fahmi dan isteri diapit Angah Ayu dan bakal menantuku; Rafi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...