Sunday, November 17, 2013

Sketsa UPSR Edy

Meskipun tidak mendapat 5A, bagi saya dan keluarga pencapaian Edy mendapat 3A 2B dalam UPSR 2013 amat membanggakan kami. Edy mendapat B dalam B.Inggeris dan Sains. Tahniah buat Edy atas pencapaian terbaik tersebut. 
Edy menerima slip keputusan UPSR daripada GB a.k.a ibunya
Celebrate kejayaan Edy di pizza hut
   Pencapaian 3A 2B Edy ini menyamai keputusan Ayu dan Alang dengan B subjek yang sama juga. Maka dengan keputusan tersebut tamatlah sudah anak-anak saya selaku Guru Besar SK Kota Warisan menduduki UPSR dengan tiada seorang pun beroleh keputusan 5A. Juara dimiliki oleh Acik dengan 4A 1B, diikuti Angah Ayu, Alang Emilda dan Edy dengan 3A 2B dan terakhir Along dengan 1A (berpenyakit asmalah katakan huhu..)
   Namun ternyata UPSR bukan segala-galanya. Anak-anak murid yang tidak berjaya mendapat 5A atau keputusan cemerlang jangan berputus asa. Perjalanan masih jauh. Banyak lagi peperiksan awam sedang menunggu - PMR, SPM, STPM dan lain-lain. Mungkin akan datang peperiksaan awam tersebut berjenama baru. Balaslah kekecewaan di Tahun 6 dengan memperbaikinya di sekolah menengah. Yang paling penting, keputusan SPM akan menjadi kayu ukur kepada semua pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Universiti dan Kolej kelak. Jadi, berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Kurangkan membuang masa, ulangkaji pelajaran sebanyak mungkin. Dengan latih tubi yang banyak, memori kita akan kuat dan mudahlah bagi kita untuk menjawab soalan dalam peperiksaan dan sebarang pentaksiran.
   Untuk tujuan memberi semangat dan perangsang, saya ingin dan selalu menghighlightkan kejayaan anak kedua saya; Rose Idayu bt. Roslan yang meskipun hanya mendapat 3A 2B dalam UPSR tetapi sangat gigih belajar sehingga mendapat straight A's dalam PMR dan SPMnya. Beliau telah diterima masuk ke SM Sains Muar seterusnya belajar di Universiti Teknologi Petronas. Terkini beliau telah menjawat jawatan Engineer di Petronas KLCC. 
   So the moral of the story : jangan bersedih kalau tak dapat 5A. Tapi bagi yang mendapat keputusan cemerlang 5A, syukur banyak-banyak kepada Allah SWT. Doakan kecemerlangan tersebut berkekalan dan menjelma menjadi sahsiah yang mulia di samping rezeki yang murah pada masa depan berkat ibadat yang kita laksanakan...
Ayu sekarang berada di Seoul, Korea kerana bekerja untuk tempoh 10 hari

2 comments:

  1. Assalammualaikum wbt.
    Tahniah untuk Edy. Semoga terus maju jaya tanpa sempadan :).

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Terima kasih Cikgu Rohani M.U.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...