Thursday, December 19, 2013

Tahniah Acik!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga dengan kejayaan cemerlang Acik dalam PMR 2013nya. Siapa sangka, budak bertuah yang hanya lancar membaca ketika di Tahun 3, menjadi pelajar Pemulihan Khas Cikgu Jamilah Abu Bakar sampai Tahun 4, terus-menerus mendapat nombor corot & kedua corot ketika di Tahun 5 dan hanya mula menampakkan peningkatan di Tahun 6, masih boleh berjaya sebegitu rupa.
   Dengan berbekalkan keputusan 4A 1B dalam UPSR, Acik mengorak langkah belajar bersungguh-sungguh terutama sewaktu program 'prep' selaku penghuni asrama SMK BBST serta pelbagai program yang telah diatur sekolahnya. Terima kasih buat Pengetua, guru kelas dan semua guru sekolah tersebut sehingga memungkinkan Acik mendapat keputusan 8A dalam PMR. Alhamdulillah syukur kami panjatkan kepadaMu ya Allah. Semoga Acik akan terus berjaya pada masa depan..
 Acik menerima keputusan daripada guru BInya
 Bangga menjadi salah seorang daripada 33 orang straights A's sekolahnya
 Bersama rakan karibnya; Irfan
Edy ingin menjejak langkah Acik
Anak ibu
Bersama GPK1 SMK BBST - Pn. Nik Ainul
 Kenangan ketika Acik bersama 14 orang murid 5A & 18 orang murid 4A 1B ketika menerima keputusan UPSR 2010 SKKW (Acik duduk no. 7 dari kiri)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...