Atas usaha seorang rakan; Wan Azimah akhirnya hari ini dapat juga kami guru-guru pelatih Maktab Perguruan Kuantan 1982 - 1984 bersua muka dalam satu majlis yang sederhana namun cukup bermakna di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Perjumpaan setelah 30 tahun berpisah ini dinamakan sebagai Malam Tautan Kasih Warga Maktab Perguruan Kuantan (MPK). Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang dari jauh seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan seluruh Selangor.
Mantan YDP MPK kami yakni En. Azman telah menyampaikan ucapan aluan dengan memberikan beberapa rangkap pantun dan mengimbau sejarah lama kami. Sepanjang 3 jam reunion tersebut, kami banyak bercerita, bergelak ketawa sambil merakam gambar-gambar sebagai kenangan. Makanan yang ditempah pun seolah-olah tak dipedulikan kerana asyik dan leka bersembang dan sakat-menyakat.
Sekali lagi tahniah kepada Wan Azimah kerana mencetuskan idea ini sehingga berhasilnya pertemuan yang bersejarah lagi nostalgik ini. Semoga ia akan disusuli dengan pertemuan-pertemuan lain pada masa depan seterusnya bakal merapatkan ikatan silaturrahim sesama kita..
Sofia, Che Norlia dan Wan Azimah
Bersama Noi
Antara geng wanita yang hadir
Selamat bertemu semula
Pouziah (isteri Dollah), Siti Zauyah, Shamzainah dan Hafsah
Ramlan selaku pengerusi majlis
Bacaan doa oleh Roselan
Aznan, Shahat, Azman, Azeran dan Abdullah
Ucapan mantan YDP MPK - Azman
Akhirudeen, Roselan dan Ramlan
Reunion kecil antara saya dan Pouziah - rakan NPQH / UPSI
Memori indah
Semuanya segak dan bergaya dan yang penting sihat