Thursday, January 9, 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah

Terima kasih sekali lagi kepada Kak Ngah Jannah yang telah memberikan kami pas untuk menyaksikan Mimbar Akhir Pencetus Ummah (PU). Rancangan yang ditayangkan secara langsung ke seluruh negara ini menyaksikan 4 orang PU bertanding di mana masing-masing memberi persembahan yang sangat cemerlang. Tahniah buat PU Hafiz kerana telah berjaya menjadi Juara dalam program yang julung-julung kali diadakan ini. 
   Sesungguhnya PU-PU yang lain semuanya ternyata hebat dan berbakat besar sebagai penceramah yang boleh menarik minat ramai pendengar menghayati tazkirah yang disampaikan. Bahkan persembahan dari pengacara program; Dr. Riduan Tee sangat mengesankan para penonton. Syabas buat semua PU dan tahniah Astro! Duniaku Dakwahku...
Tiket VIP
Duduk di sebelah Farah - anak saudara
 Persiapan akhir
 En. suami bersama Amir Solihin; adik Farah
 Antara penonton yang hadir
 Aznil - salah seorang juri
 Persembahan baru bermula
 Lampu neon bergemerlapan
 Selesai sudah program berprestij ini
 Syabas PU Hafiz, Shahul, Yeop dan Rahmat!
 Kalian mencetus aura tersendiri dalam bidang dakwah negara kita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...