Wednesday, April 30, 2014

Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional

Sekali lagi saya merasa bertuah kerana terpilih mengikuti Kolokium Kebangsaan kali ke-10 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABU) Jitra, Kedah setelah beberapa tahun kebelakangan ini tidak dapat menyertai. Seperti biasa, banyak input, maklumat dan inovasi telah saya perolehi hasil perkongsian dengan para penceramah yang diundang khas dari seluruh negara. Insya Allah selain dapat menambahkan ilmu IL (Instructional Leadership) dalam diri ini, jua diharapkan saya dapat mengaplikasinya dalam tugasan saya seharian seterusnya memantapkan pengurusan dan gaya kepimpinan saya ke arah yang lebih baik...
Bersama rakan baik; Pn. Jamilah Abd. Rahman dan Pn. Noraini Din - GB Gombak
Di akhir slot, diadakan sesi dialog
 Ucaptama - KPPM; Y,Bhg. Dato' Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Bengkel
Forum berkaitan SIP+ dan SISC+
Harapan Pengetua terhadap SIP+ 
Tumpang sofa empuk di pentas utama
Ucapan penutup oleh Pengarah IABU
Ke Perlis jumpa Azizah, teman lama ketika mengajar di SK Jengka 23 tahun 1985 / 86 nan lalu

Saturday, April 26, 2014

Reunion di program MERKUR1

Program MERKUR1 merupakan ringkasan kepada Program Memperkasakan Kecemerlangan UPSR 1Malaysia DUN Dengkil anjuran bersama PPD Sepang dan MGB Daerah Sepang. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd. Sharif di SKTPP pada 26.4.2014 (sila klik blog SKTPP di sini)...
Kami Benci Dadah!
Seronok dapat jumpa rakan-rakan SKKW yang dirindui - Ustazah Norina (kini GPK Koku SK DABB) & Ustazah Siti  Fairuza bersama GB baharu SKKW; Pn. Ana Liza
Suhaizan kini di SK Desa Pinggiran Putra

Friday, April 25, 2014

Kursus Kejurulatihan PPGB

Pada 23.4.2014 hingga 25.4.2014, saya telah menghadiri kursus "Training of Trainer" (TOT) Kejurulatihan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) anjuran JPN Selangor dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh JPN dan PPD atas pelantikan sebagai Jurulatih Utama (JU) program ini. Berbekalkan input dan penjelasan oleh penceramah; Pn. Rosheta dan Pn. Juairiah, diharapkan semoga saya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan sebaik mungkin hasil kerjasama JU-JU yang lain.

Gelagat guru-guru praktikumku

Seramai 6 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi telah menjalani latihan praktikum di SKTPP selama 3 bulan. Mereka terdiri daripada;
1. Nur Taheera bt. Mohammad (Aya)
2. Kamarul Nur Fardzleen Ayu bt. Kamarulzaman (Ayu)
3. Nur Syafiqah bt. Noraslin (Iqa)
4. Amal Izzati bt. Mohd. Rasid (Amal)
5. Nur Laila Nadirah bt. Di (Laila)
6. Nur Adilah bt. Shubki (Dila)
  25.4.2014 merupakan hari terakhir mereka. Jom tengok gelagat mereka bersama saya selaku Guru Besar mereka pada hari Rabu lepas (23.4.2014)...
Semoga kalian bakal menjadi guru cemerlang pada masa depan

Mesyuarat Agung MGB Sepang

Tahniah kepada Majlis Guru Besar Daerah Sepang kerana telah bejaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MGB Sepang pada 22.4.2014 di Aston Hotel Putra Nilai. Mesyuarat Agung tersebut disusuli dengan Majlis "Jasamu Dikenang" bagi meraikan Guru-Guru Besar yang telah bersara. Terima kasih buat ADUN Dengkil; Tuan Shahrum bin Mohd. Sharif yang sudi hadir merasmikan majlis seterusnya menyumbang program kecemerlangan UPSR daerah ini. Juga terima kasih buat PPD Sepang; Tuan Hj. Mat Jah bin Roslan yang sudi hadir memeriahkan majlis.
   Tahniah buat AJK MGB yang menyambung lagi setahun perkhidmatan. Terima kasih diucapkan atas kehadiran Guru-Guru Besar yang telah bersara - semoga berbahagia bersama keluarga.

Suasana Mesyuarat Agung Tahunan MGB
Barisan kepimpinan MGB Sepang bersama Tuan PPD dan GB Bersara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...