Ya
Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan
kerana dia telah membesarkan aku dengan susah payah.
Ya
Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah
menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya
Allah, anugerahkan ganjaranMu di atas kesabarannya
yang telah membesarkan aku.
Ya
Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisiMu
di atas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan dengan
perangai
aku yang menyakitkan hatinya, mengaibkannya dan
berbagai-bagai perbuatanku.
Ya
Allah, anugerahkan kepadanya semulia-mulia tempat di sisiMu kerana dia
tidak
pernah mengharapkan apa-apa balasan di atas setiap pengorbanannya dariku.
Ya
Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna, kesihatan tubuh badan
yang berterusan, mendapat Ilmu yang bermanafaat, dimurahkan rezeki yang halal.
Ya
Allah, janganlah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan
jua.
Ya
Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkannya dengan kurnia dan nikmatMu.
Ya
Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani
dia
dengan hidayah dan petunjukMu.
Doa dari anak cucu : semoga emak cepat sembuh
No comments:
Post a Comment