Friday, August 29, 2014

Kursus Pembangunan Kepimpinan Sekolah

Selang 2 minggu saya dipanggil lagi untuk menghadiri kursus di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai pada 26 - 29.8.2014. Nama kursus tersebut adalah : Kursus Pembangunan Kepimpinan Sekolah (KPKS). Kali ini, saya seorang sahaja dari Sepang. Meski bersendirian, namun kursus ini telah menemukan saya dengan teman lama saya semasa sama-sama menuntut di UPSI sewaktu mengambil Ijazah Pengurusan Pendidikan pada tahun 2006 - 2008. Tay Sock King; GB di Johor ini masih sama seperti dulu - cantik dan anggun. Sambil mengikuti ceramah yang disampaikan oleh pensyarah, sesekali kami menggamit memori lama yang masih segar dalam ingatan...
Tay masih ayu walaupun sudah punya 2 cucu
Bersama rakan sekumpulan
Perbincangan dan bengkel
Dalam kursus ini, saya dilantik sebagai Penghuluwati :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...