Wednesday, October 1, 2014

Penilaian PPDa SKKW peringkat kebangsaan 2014

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberi kesempatan untuk turut sama hadir merai dan memberi sokongan kepada SK Kota Warisan semasa penilaian Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan. Seolah-olah lengkap perjuangan saya bersama guru-guru SKKW selama lebih 3 tahun dan setahun mereka berjuang bersama teraju baharu demi misi PPD yang tak pernah padam. 
   Syabas saya ucapkan kepada bekas anak-anak buah saya yang terus bersemangat tanpa mengenal erti penat dan jemu, bersatu menempuh onak dan ranjau yang sangat berduri. Namun kalian ternyata pejuang sejati. Berbekalkan pengalaman yang panjang, tugas dan tanggungjawab hakiki yang banyak itu tidak pernah menjadi halangan untuk kalian terjemahkan menjadi persembahan yang sungguh cemerlang. 
   Guru-guru dan murid-murid SKKW ternyata serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan PPDa! Hanya doa saya iringkan agar hasil yang akan kita tuai nanti adalah buah yang masak ranum. Insya-Allah..











Bersama sebahagian pemacu PPDa SKKW
Tahniah warga SKKW - anda adalah juara sebenar!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...