Saturday, January 31, 2015

Mesyuarat Agung PIBG SKTPP

Sebagaimana rutin saban tahun, SKTPP telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG tahun ini pada 31 Januari 2015. Terima kasih kepada YB Shahrum bin. Mohd. Sharif ADUN Dengkil kerana telah hadir merasmikan majlis. Agak menarik semasa mesyuarat tersebut ialah baju saya selaku GB SKTPP senada dengan YB Shahrum. Orang kata, macam janji pula. Apa-apa ajelah. Semoga kebetulan ini menjadi lambang kejelekitan YB dengan sekolah dan semoga YB akan terus membantu serta menyokong usaha-usaha sekolah untuk memartabatkan pendidikan anak-anak. Laporan lanjut AGM PIBG tersebut menerusi blog SKTPP di sini.

 
Barisan AJK PIBG SKTPP sesi 2015 - 2016
Komited membanteras dadah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...