SKTPP telah dipilih sebagai tempat Taklimat Penyelarasan PPDa Daerah Sepang. Saya selaku Guru Besar telah diminta menyampaikan ucapan aluan di samping berkongsi pengalaman melaksanakan program PPDa. Terima kasih PPD Sepang atas kepercayaan yang diberi. Semoga para peserta yang terdiri daripada guru-guru PPDa sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Sepang ini mendapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berkaitan PPDa dan dapat melaksanakan program PPDa di peringkat sekolah masing-masing sebagaimana yang diarahkan oleh KPM.
Laporan lanjut taklimat penyelarasan tersebut dalam blog PPDa SKTPP di sini.
Minum bersama pegawai PPDa JPS dan PPD
Sarapan di PSS
Taklimat di Bilik Mesyuarat
Ucapan aluan En. Zulfikri - Pegawai Khas Dadah (PKD) PPD Sepang
Perkongsian pengalaman dengan para peserta
Peserta melihat persembahan multimedia PPDa SKTPP tahun lepas
Taklimat disampaikan oleh pegawai PPDa JPS - Tn. Hj. Ghazali
Antara perkara penting berkaitan pengurusan PPDa
Bersama Che Ruzana Guru PPDa SK Kota Warisan yang sama-sama membina PPDa SKKW
Bekas PK Koku SKKW - Mimi hadir bersama Guru PPDa sekolah baharunya; SK Bukit Changgang
Jamuan ringan
Selesai taklimat, pegawai-pegawai PPDa tersebut telah dibawa melawat ke lokasi baharu Bilik Sumber PPDa SKTPP. Banyak idea dan nasihat telah diberi bagi memantapkan lagi pengurusan bilik tersebut. Terima kasih banyak tuan-tuan..
Terima kasih daun keladi
Lain kali jemput datang lagi