Saturday, March 26, 2016

Anugerah Khas Pengetua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas rahmat dan kurniaan dari Allah SWT terhadap keluarga kami. Syukur Acik Rohisyam bin Roslan telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Khas Pengetua dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2015 Sekolah Menengah Sains Muar (Samura).
   Terima kasih buat guru-guru Samura yang telah mendidik dan mengajar Acik sehingga dia berada di tahap ini. Terima kasih juga buat guru-guru SK Kota Warisan dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang sangat berjasa mengajarnya mengenal huruf dan membaca selama ini.
   Tahniah dan syabas buat Acik atas usahanya yang gigih tanpa mengenal putus asa yang telah membolehkan Acik berjaya mendapat straight A's dalam SPMnya sehingga melayakkan Acik mendapat anugerah tersebut. Semoga  kegigihan dan kejayaannya ini memberi inspirasi kepada adiknya; Rozaidi yang akan menduduki PT3 tahun ini serta pelajar-pelajar lain.
  Sesungguhnya ibu, ayah, adik-beradik dan seluruh keluarga kita amat berbangga dengan kejayaan Acik ini. Semoga Acik akan terus cemerlang di dunia dan akhirat.. Tahniah! Tahnah! Tahniah!























Saat-saat Acik menerima keputusan SPM klik di sini.

Wednesday, March 23, 2016

Anugerah PPDa Negeri Selangor 2015 / 2016

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT akhirnya SKTPP berjaya menjadi Johan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2015 / 2016. Terima kasih buat guru-guru, anak-anak murid dan ibu bapa serta PIBG dan rakan-rakan komuniti sekitar yang banyak membantu dan memberi sokongan terhadap misi PPDa kita ini. Tanpa kalian semua, mana mungkin saya naik ke atas pentas MSU dalam majlis yang gilang gemilang itu bagi menerima piala dan sijil anugerah tersebut.
   Di sudut hati terkenang pada tahun 2014 bila mana dalam majlis Anugerah Kecemerlangan PPDa peringkat Negeri Selangor 2013, SK Kota Warisan diumumkan sebagai Johan, saya hanya memerhati sahaja dari jauh Guru Besar baru SKKW naik ke atas pentas menerima piala kemenangan. Tambah manis apabila SKKW dinobat sebagai Johan PPDa Peringkat Kebangsaan 2014, saya turut merasai kegembiraan tersebut kerana ia termasuk usaha dan projek 2 bulan saya di SKKW sebelum saya ditukarkan ke SKTPP.
   Berbekal pengalaman dan minat tersebut, saya melebarkan PPDa ini di SKTPP pula. Alhamdulillah disambut baik oleh guru, murid dan ibu bapa di sini. Tahun 2014, SKTPP diberi kepercayaan mewakili Daerah Sepang ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa Negeri Selangor dan kami berjaya mendapat Naib Johan Negeri (berita lanjut klik di sini). Tahun ini, rezeki berpihak kepada kami dan gelaran Johan Negeri menjadi milik kita. Syukur ya Allah..
   Justeru selaku wakil Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan tahun 2017 tahun depan, diharap kami dapat menurut jejak SKKW untuk meraih gelaran Johan Kebangsaan. Semoga harapan ini menjadi kenyataan berkat kerjasama dan sokongan padu semua pihak. Teruskan berusaha dan berdoa. Insya Allah kesatuan ini telah terbukti sangat kuat dan kita pasti boleh!
   Projek PPDa jelas telah meniupkan semangat kerjasama dan ikhlas dalam membuat tugasan yang besar ini. Semoga ukhwah yang mantap ini akan memudahkan segala urusan kita biar apapun cabaran yang mendatang...











 




Lagi berita kejayaan PPDa dalam blog sekolah di sini dan blog PPDa di sini.

Thursday, March 3, 2016

Congratz Acik!

Tiada kata yang dapat dinyatakan bagi menggambarkan perasaan seorang ibu apabila anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Hanya rasa syukur yang maha tinggi dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kurniaanNYA ini.
  Tahniah sekali lagi buat Acik Rohisyam Roslan atas pencapaian straight A's (9A) dalam SPM 2015. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih Acik dengan tidak mengenal lelah hasil bimbingan dari guru-guru Sekolah Menengah Sains Muar yang ternyata sangat komited lagi terbaik. Terima kasih buat Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan Samura Acik.
   Tidak lupa penghargaan khas juga buat guru-guru SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Kota Warisan dan di mana jua berada yang telah menghalal dan merestui ilmu yang diturunkan kepada Acik selama ini. Syukur alhamdulillah atas segala-galanya. Semoga Acik akan berjaya pada masa depan dan menjadi anak muda yang berperibadi mulia, taat kepada orang tua serta sentiasa mematuhi perintah Allah.
(Kisah kejayaan Acik semasa PMR 2013 di sini)

  Detik-detik perjalanan mengambil keputusan SPM Acik....
















 Terima kasih Samura - sekolah lama Angah Ayu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...