Tiada kata yang dapat dinyatakan bagi menggambarkan perasaan seorang ibu apabila anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Hanya rasa syukur yang maha tinggi dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kurniaanNYA ini.
Tahniah sekali lagi buat Acik Rohisyam Roslan atas pencapaian straight A's (9A) dalam SPM 2015. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih Acik dengan tidak mengenal lelah hasil bimbingan dari guru-guru Sekolah Menengah Sains Muar yang ternyata sangat komited lagi terbaik. Terima kasih buat Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan Samura Acik.
Tidak lupa penghargaan khas juga buat guru-guru SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Kota Warisan dan di mana jua berada yang telah menghalal dan merestui ilmu yang diturunkan kepada Acik selama ini. Syukur alhamdulillah atas segala-galanya. Semoga Acik akan berjaya pada masa depan dan menjadi anak muda yang berperibadi mulia, taat kepada orang tua serta sentiasa mematuhi perintah Allah.
(Kisah kejayaan Acik semasa PMR 2013 di sini)
Detik-detik perjalanan mengambil keputusan SPM Acik....
Terima kasih Samura - sekolah lama Angah Ayu!!!
No comments:
Post a Comment