Saturday, February 10, 2018

Salam Takzim

Assalamualaikum wbt
Salam 1Malaysia Membanteras Dadah
Salam Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan
Salam sejahtera buat rakan-rakan...

Alhamdulillah saya sihat. Saya harap rakan-rakan pun sihatlah hendaknya.
Maaflah lama tak bersiaran. Sibuk betul dengan pelbagai tugasan kerjaya dan keluarga. Sebenarnya saya leka update blog sekolah dan anak-anak blognya hingga tiada mood nak post dalam blog sendiri. Ini disebabkan urusan seharian saya banyak berlegar dan berkait dengan hal ehwal sekolah.


Inilah antara bisnes saya mutakhir dan sejak beberapa tahun ini. Syukur saya mendapat komitmen dari seluruh warga sekolah. Semangat dan komitmen PPDa ini nampaknya telah mencetuskan aura positif yang menyeluruh kepada bidang akademik / kurikulum, hal ehwal murid / sahsiah dan sukan / kokurikulum. Terima kasih semua. Saya amat bahagia dan bersyukur atas kurniaan Allah ini. Semoga kita semua dirahmatiNya. Amiinn..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...