Thursday, October 15, 2009

Tension!!!!

Siang tadi saya ke Real Sports Arena, Telok Gadong, Klang ke pertandingan bola jaring dan futsal pendidikan khas peringkat negeri Selangor selaku ketua kontingen daerah Sepang. Ada ke patut pasukan Murid Bermasalah Pembelajaran Senior kami di'walkover' (kalah percuma) kepada Gombak sebab lewat 2 minit! Puas cikgu-cikgu saya rayu. Dahlah announcement lambat, katanya refree dah panggil tapi diorang tak dengarpun walhal mereka ada kat gelanggang sebelah je. Tak adapun panggilan pasukan yang tak muncul. Tak kesian ke budak-budak kami dah tunggu kat tepi arena nak bermain, diorang kan dah daftar. Masa insiden tu, saya sedang borak dengan cikgu Aziz GB SK Subang Bestari; ketua kontingen Petaling Perdana (PPGB UPSI Kohort 5B). Bila saya dimaklumkan, saya cuba minta tolong cikgu Aziz, dia call pegawai JPN yang incharge. Cikgu Aziz tak mau campur. Kami berbincang tapi pegawai tu kata tak boleh buat apa kecuali tanya refree dan Gombak yang dah menang percuma kalau-kalau diorang nak main. Lepas perbincangan, for sure Gombak tak nak main (nak mampus - kalau kalah mau wakil dia tu kena hentam ngan kawan-kawan dia!) Saya cuba mengadu dengan pegawai JPN yang lebih atas, depa kata nanti dia bincang dengan pegawai yang lebih atasan. Alahai masa tu baru pukul 1.00, kalau nak bagi main boleh aje, lambat lagi malam.
Kalau pegawai-pegawai tu strict sangat pasal masa, pasukan bola jaring pemulihan khas kami sebelum tu tunggu dekat 15 minit bila pasukan Petaling Perdana tak muncul-muncul. Pasukan b/jaring pemulihan khas yang bertanding tempat ke-3 dan 4 yang dah bersedia pukul 1.45 selepas pengumuman, terpaksa akur bila diumumkan pertandingan ditangguh ke pukul 2.30. So penganjur tak payah cakaplah pasal pematuhan masa kalau pengurusan masa mereka pun boleh dipersoalkan.
Saya rasa kami ada asas yang kukuh kalau saya nak buat aduan rasmi. Di manakah budi bicara dan tolak ansur tuan-tuan dalam mengendali murid-murid pendidikan khas ini? Apa sangatlah peraturan kalau dibandingkan dengan penyertaan anak-anak ini! Ini sebenarnya kejohanan penganjur ke kejohanan pengadil?? Sampai tuan-tuan boleh bagi alasan, "Kami dah serah kepada pengadil". Dalam berkira-kira nak buat surat, keputusan hari ini menyebabkan amarah kami jadi sejuk. Pasukan bola jaring pemulihan khas kami berjaya menjadi johan (3 murid SKKW terlibat) dan pasukan futsal pemulihan khas pun dinobatkan sebagai johan negeri (3 murid SKKW jadi pemain). Syukur.... Pegawai pendidikan khas daerah yang tidak dapat turut serta kerana berkursus telah menyatakan kepada saya bahawa beliau akan timbulkan perkara ini dalam mesyuarat jabatan. Tapi saya tetap hantar mesej kepada pegawai JPN tu menyatakan yang saya akan buat surat aduan. Bengang juga bila difikir-fikirkan.
(Dalam masa yang sama, hari ini juga sekolah saya menjadi pengerusi Majlis Khatam Al-Quran peringkat negeri di Masjid KLIA. Saya dah empowermentkan kepada GPK 1 saya. Menjeritlah juga dia bila dia tau dia kena berucap. Skrip ada cikgu yang sediakan. Menurut makluman guru P.Islam saya, majlis itu juga berjalan lancar - Alhamdulillah)

Apapun tahniah kepada semua cikgu sekolah saya dan sekolah-sekolah Sepang yang begitu komited.
Bersama cikgu Aziz GB SK Subang Bestari; ketua kontingen Petaling Perdana.
(Nama bapa cikgu Aziz ni sama dengan nama bapa saya. Kira adik-beradiklah kami )


Pasukan b/jaring pemulihan khas Sepang - johan negeri Selangor

Wan Nur Aina Fatin Wan Hamidi SKKW - pemain terbaik b/jaring pemulihan khas

Pasukan futsal pemulihan khas Sepang - johan negeri Selangor

Wednesday, October 14, 2009

Surat DGA38

Alhamdulillah tadi petang saya dah dapat surat DGA38 yang ditunggu-tunggu tu. Happy ending; dapat tarikh 1 Februari 2009. Doa dimakbulkanNya. Amin.... Saya tujukan kegembiraan ini khusus buat cikgu-cikgu saya, keluarga saya, teman-teman di Selangor dan tak lupa sahabat-sahabat seluruh Malaysia yang sama-sama berkongsi pahit maung belajar dulu juga buat ketua-ketua saya yang sentiasa memberi kerjasama. Siapalah saya tanpa kalian semua.

Saturday, October 10, 2009

LADAP 6 - Kursus Pengurusan Jenazah

Hari ni, di sekolah ada 3 program berjalan serentak : LADAP - Kursus Pengurusan Jenazah, Mesyuarat AJK PIBG ke-6 dan Kelas Tambahan Tahun 4 dan 5. Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di surau sekolah ini mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Sepang. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Safuan b. Md Nayan pegawai dari JAIS Shah Alam. Terima kasih kepada ustaz, PAID dan juga kepada Cikgu Salmi yang sudi menjadi model mayat...



Thursday, October 8, 2009

Surat pengesahan DGA38

Hari ni dapat maklumat surat pengesahan DGA38 dah ada. Call BPSM, memang benar. Dan kata pegawai tu, JPN Selangor dah ambil. So, kena tunggu surat dari JPN. Call Unit Naik Pangkat JPN, boleh tak keluarkan surat tu sebelum 3 Nov 2009 sebab kami nak PTK DGA38. Kalau daftar dengan surat pemangkuan, paling tinggi keputusan PTK yang boleh dipertimbangkan adalah Aras III. Ketua Unit JPN tu kata dia akan usahakan. Tqvm. Kalau benar sah 38 pada 1.2.09 dan dapat pelantikan 41 pada 3.2.09 sebagaimana yang dirayu, alhamdulillah. Lekatlah 2 hari. Tapi, boleh ke setahun naik 2 kali, dalam masa terdekat pulak tu??? Apapun, tak kisahlah tu. Petang esok, aku dan beberapa orang rakan nak berguru dengan En. Yahaya Om yang telah menduduki PTK DGA38; tips dan perkongsian maklumat.

Ambil bahan audit

Hari Isnin hari tu ambil bahan audit, macam seronoknya laporan lisan dari pegawai Audit tu. Doa-doakan kali ni lepas. Dua tahun Audit Berteguran, kali ni kalau clear kena belanja nampaknya...

Saturday, October 3, 2009

Friday, October 2, 2009

PTK DGA38

Kelmarin dapat surat tawaran menghadiri PTK DGA38 pada 3 - 5 Nov 2009 di Hotel Naza, Melaka. Mula-mula dapat, rasa macam-macam : nak pergi ke tak??? Surat tawaran pelantikan DG41 on the way, tarikh tentu backdated. Silap-silap dapat 3.2.2009 tu. Langsung tak melibatkan perubahan gaji. So buat apa pergi? Buang masa, buang tenaga, buang karan - banyak kerja o periksa PTK tu! DGA38 tu pun tak sah lagi, so paling tinggi pun akan dapat 3. Nak pergi ke tak nak? Tanya sana tanya sini, ada yang kata pergi, ada yang kata tak payah. Rupanya member sama belajar; Hj Kadir dan Chan Penang pun dapat. Bincang dengan diorang, kami rasa pergi jelah. Cari ilmu dan manalah tau boleh guna untuk PTK DG41 kelak! Juga rasanya mesti berguna sebagai merit dan kredit pada masa depan. Tambahan, gambaran PTK tu dah agak jelas berbanding first batch dulu.. Nanti plan dengan gang GB lain yang dapat, nak pi berguru dengan GB yang dah pernah menduduki PTK bulan Jun 2009 dulu. Yang paling penting, kan ke aku baru-baru ni periksa kertas PTK DGA34, boleh le guna pengalaman tu dan share dengan kawan-kawan. Stress ke nak pergi PTK tu? Tak kot....... So, set minda betul-betul dan kena buat persediaan dari sekarang. Komit tetap kena komit walaupun tak konfiden sangat.

Thursday, October 1, 2009

Monolog lamanya menunggu....

Diam tak diam, sudah lebih 2 tahun saya dan kawan-kawan group PPGB Kohort 3 UPSI tamat belajar (12 Sept 2007), sudah 1 setengah tahun kami konvo (12 Mac 2008) dan dah lebih 6 bulan kami selesai temuduga tapi sampai sekarang kami masih belum terima surat tawaran pelantikan DG41. Usaha dah banyak kali dibuat spt berulang-ulang kali menghubungi dan berjumpa dengan pegawai SPP dan BPSM, tulis dalam akhbar, mengadu kat boss-boss KPM, ada kawan-kawan bertanya-tanya di JPN masing-masing dll. Ada member yang dah fed-up, "tak seghairah dulu" (meminjam kata-kata Awie) dan penat. Last saya call Rosaliza BPSM semalam, dia kata surat makluman ke SPP sedang diedit dan akan dis.k kepada saya (menjawab rayuan kita). Entahlah, apa lagi yang boleh kita buat, tunggu ajelah. Hikmahnya PM bagi saguhati RM250.00 X 2 kali, kita masih layak (rezeki tu).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...