Wednesday, March 7, 2012

Takziah Wan Ahmad Hilmi

Semalam dapat berita kepergian Ustaz Wan Ahmad Hilmi bin Wan Muda - bekas guru praktikum SKKW tanun lepas yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Banting. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
 Kenangan bersama arwah dan rakan-rakan praktikum IPIS
(Arwah berbaju biru barisan depan sebelah GB)

Tuesday, March 6, 2012

Bilik Mesyuarat disusun lagi

Hari ini bilik mesyuarat dirombak lagi bagi memberi keselesaan kepada pasukan pemantau Anugerah PIBG Kebangsaan yang akan datang memantau kelak...
Sofa tempat merehatkan minda
Ada riben lagi
Bersama Pn. Shikin dan Pn. Asnah

Monday, March 5, 2012

Mesyuarat MTQ

Setelah 2 kali bermesyuarat persediaan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat daerah Sepang yang akan diadakan di SKKW pada 24 Mac 2012 (Sabtu) akan datang, hari ini diadakan pula mesyuarat buat kali ke-3. Kali ini bersama Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Sepang. Guru-guru pengiring yang hadir diberi taklimat oleh Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Sepang; Ustaz Fathony dan Penyelia Pendidikan Islam PPDS; Ustazah Jamiah. Saya selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Islam dan tuan rumah mempengerusikan mesyuarat tersebut. 
  Taklimat disampaikan secara menyeluruh bermula dari pendaftaran sehinggalah tamat program kelak. Semoga mendapat kerjasama dari semua sekolah untuk hadir awal agar majlis dapat dijalankan mengikut perancangan. Atas segala kesulitan yang mungkin timbul, kami mohon berbanyak-banyak maaf. Diharapkan wakil-wakil daerah Sepang yang terpilih nanti akan mengharumkan nama daerah di peringkat negeri nanti...
Antara ustaz ustazah yang hadir
Ucapan aluan pengerusi
Ustaz Fathony memberikan taklimat perjalanan majlis
Ustazah Jamiah

English Month 2012

Hari ini saya diminta melancarkan bulan Panitia Bahasa Inggeris. Sebelah pagi siap lepaskan 2 ekor burung merpati lagi sebagai tanda bebaskan minda daripada belenggu perasaan rendah diri untuk menuntut ilmu dan berbahasa Innggeris. Pada sidang petang, saya diminta menandatangani kad pelancaran...
"To all teachers and pupils,
   Nowadays English becomes one of the most important language. If you want to move forward, you have to master in English. Therefore, let us support all the activities organised by the English Panel of this school. I am sure there are lots of activities to improve and practise our English.
   But don't forget, as a Malaysian, Bahasa Melayu is still number one in our life. That's why our government introduces the policy Empowering the Malay Language and Mastering the English Language (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris - MBMMBI)
   Last but not least, in the name of Allah the most gracious and the most merciful... I hereby launch 'The English Month 2012'. Thank you."
Sidang pagi
Freedom
Sesi petang
English is fun
Hari ini tema pink
Ooppss.. ada seorang 'penyanyi solo' biru

Sunday, March 4, 2012

Gotong-Royong JPP

Hari ini saya terlibat sebagai Jawatankuasa Program Gotong-Royong Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Zon Kota Warisan. Program ini agak berbeza dengan kaedah gotong-royong yang biasa diamalkan - tidak perlu berkumpul dengan membawa peralatan membersihkan sesuatu tempat. 
   Sebaliknya semua penduduk dimohon berkumpul di Pejabat JPP Zon Kota Warisan untuk mendengar taklimat ringkas tentang perjalanan program di mana sedikit jamuan disediakan. Semua penduduk dikehendaki membersihkan kawasan perumahan masing-masing. Segala sisa pepejal dan sampah kebun hendaklah dikumpul dan diletakkan di luar rumah. Kontraktor pembersihan akan mengambil sisa-sias tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
Menikmati nasi lemak sebelum program bermula

Friday, March 2, 2012

Persiapan

Sebaik mendapat berita akan mewakili Selangor ke pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan 2012, maka pasukan think tank yang terdiri daripada Anikah (SU), Norfa (Bendahari), Asiah (Pen. SU), Zana (SU Program) dan Milah (admin blog) berkampung di Bilik Mesyuarat mengemaskini dokumen-dokumen pemantauan. Selain itu, beberapa orang guru telah dilantik sebagai AJK Pelaksana bagi menyambut pasukan pemantau yang dijangka akan datang minggu depan. Dah tanya PPD bila mereka akan datang - "Tak tau lagilah, puan. Nanti bila kami tau, kami akan maklumkan". Alahai bertambah berdebarlah nampaknya. Semoga sukses dengan persiapan yang maksimum...
  

Buat kerja sambil makan-makan

Thursday, March 1, 2012

Nilai sebuah banner

Tidak terhitung nilainya.. 

Tahniah!

Tahniah buat PIBG SKKW kerana telah terpilih sebagai Johan dalam pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan 2012 peringkat negeri Selangor kategori Sekolah Rendah Luar Bandar! Minggu depan pemantauan peringkat kebangsaan akan diadakan. Nampaknya tak selesai lagi kerja kita. Terima kasih atas pengiktirafan ini - manifestasi kerjasama antara guru dan ibu bapa SKKW. Semoga kita akan lebih berjaya dalam cabaran seterusnya. Berita yang sama dalam blog PIBG SKKW (di sini).
Touch up dokumen di sana-sini
Bersama Haryati dengan beruniform pengakap sumbangan Zahrul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...