Hari ini sekali lagi Jurulatih Utama (JU) Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah seluruh daerah di negeri Selangor dipanggil bermesyuarat dan berbengkel pemantapan sarana. Saya dan SU PIBG SKKW - Pn. Nor Anikah Abd. Rahim turut sama mendengar amanat yang diberi. Mesyuarat diadakan di SMK Seafield - Johan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012. Selain memantapkan tugas-tugas JU, para JU akan memberi taklimat kepada pentadbir sekolah di daerah masing-masing pada minggu depan. Insya Allah kami akan melakukan sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas perkongsian maklumat berkaitan pemerkasaan organisasi PIBG serta komuniti demi kecemerlangan warga sekolah.
Hari ini sempat menghadiri majlis penutupan Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Sepang di SMK Pantai Sepang Putra. Tahniah kepada pemenang-pemenang. Syabas juga buat wakil-wakil SKKW yang telah berjaya memberi persaingan walaupun tiada yang menang...
Lama tak naik motor. Tadi berpeluang membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Cikgu Mimi - GPK Kokurikulum SKKW, semasa acara Merentas Desa peringkat sekolah. Seronok sangat dapat melalui ladang kelapa sawit sambil menyakat anak-anak murid berlari. Apatah lagi dengan kamera buruk saya, saya pun tangkaplah gambar-gambar murid-murid dan guru-guru yang ceria. Masing-masing tunjuk isyarat "Peace" sambil tersenyum simpul. Terima kasih Pengawal Keselamatan - Raj yang sudi meminjamkan motornya....
Asalnya tak plan nak join murid-murid merentas desa
Bila dilawa Mimi, balik tukar baju
Peace..
"Tak aci cikgu naik motor"
Penat sangatlah Din tu kononnya..
(Lagi cerita dan berita Kejohanan Merentas Desa di blog SKKW di sini)
Hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Perutusan Tahun Baharu 2013 KPM di PICC, Putrajaya. Seronok dapat berjumpa teman-teman lama sambil mendengar amanat dari Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran - YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin sebagai penyuntik semangat dalam menghadapi cabarantahun 2013 ini. Kehadiran saya dan Pn. Noredzan GB SK Taman Seroja tambah bermakna apabila berpeluang bergambar dengan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor - Tn. Hj. Mahmud bin Karim. Terima kasih Tn. Haji kerana sudi menerima pelawaan kami untuk bergambar. Dalam majlis tersebut, pertama kali lagu baru "Transformasi Pendidikan Negara" diperdengarkan. Lagu tersebut telah didendangkan oleh Hafiz dan Stacy. Best juga iramanya...
Stacy dan Hafiz
Bersama Pengarah Pelajaran Selangor - Tn. Hj. Mahmud Karim