Tuesday, April 2, 2013

DG44

Syukur alhamdulillah setelah lama menunggu, akhirnya saya dan rakan-rakan Guru Besar telah menerima surat pemangkuan Gred DG44. Terima kasih kepada KPM atas kenaikan gred tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada JPN Selangor kerana telah mengaturkan satu majlis rasmi penyerahan surat pemangkuan yang ringkas namun sangat bermakna buat kami.
   Majlis yang telah diadakan di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2.4.2013 itu telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor; Tuan Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim. Tahniah buat semua - semoga kenaikan pangkat ini akan menyuntik semangat untuk kita terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. 
Antara Guru Besar yang sempat hadir
 Ucapan En. Norhashim - Pen. Pengarah Kanan Unit Naik Pangkat JPS
 Ucapan Tuan Timbalan Pengarah JPS - Tn. Mohd. Salleh Mohd. Kassim
Abdul Kadir menerima surat pemangkuan
Adibah
 Ayub
Rozita
 Hud
 Khasanah
Zohri
Adzhar
Naimah
Ng Juat Wah
 Nor Azian
Norazmi
Nor Shakila
Noraini
Norhayati
Hehe siapa lagi kalau bukan saya
Siti Amarah
Tak sah kalau tak ambil gambar ramai-ramai ala-ala lepas majlis graduasi gitu. Jom tengok...
Graduan UiTM
Graduan UPSI
Graduan Klang
Graduan Gombak
Graduan Sepang
Bersama Azimah
Bersama Ayub, Yati dan Naimah
Bersama Noraini, Milah dan Khasanah

Kisah umrah emak

1) Emak telah berangkat mengerjakan umrah bersama adik Ita & suaminya; Jurie pada 8 Mac 2013. Kami iringi pemergian mereka di KLIA dengan doa semoga beroleh umrah mabrur...
 Emak berkerusi roda
Antara yang sempat hadir
Ita dan Jurie ceria sokmo
Bye-bye mak

2) Ikut jadual sepatutnya mak, Ita dan Jurie balik ke tanahair pada 20 Mac 2013. Ketentuan Allah, mak tak sihat dan dimasukkan ke Hospital Jeddah semasa mereka selesai check in di airport Jeddah. Pada 21 Mac 2013, hanya barang-barang mereka saja yang tiba di KLIA...
Wakil agen bersama pekerja KLIA membawa keluar bagasi
Hanya barang tanpa tuan
3) Alhamdulillah pada 26 Mac 2013, emak telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Jeddah. Maka mak, Juri & Ita dapat balik Malaysia dan selamat sampai pada 27 Mac 2013....
 Ita & Jurie tetap ceria
Syukur melihat senyuman emak
Terima kasih buat petugas KLIA
Angah membantu mak masuk ke dalam kereta

3) Di kampung mak terus dirujuk ke Hospital Jasin, Melaka. Mak dimasukkan ke wad Hospital Jasin pula untuk diberi rawatan lanjut sambil memberi ruang mak untuk berehat...
Pada 30 Mac 2013, orang Kota Warisan datang melawat

4) Pada 1 April 2013, mak telah discaj. Semoga mak lekas pulih dan segera sihat. Ameennn...

Monday, April 1, 2013

Asam Claypot

Suka makan asam pedas tak? Apa kata korang try asam pedas special di Kedai Asam Claypot Antarabangsa Kampung Baru Ayer Keroh, Melaka. Tak rugi sebab menunya sangat sedap, lazat dan umppp. Kedai milik Jurie ini terletak di No. 1-1, Jalan AKP 1, Taman Ayer Keroh Permai, Melaka. Kedudukannya sangat strategik kerana ia terletak di tepi jalan besar, berdekatan dengan IPK Melaka, kolej dan taman perumahan.
   Kedai ini baru sahaja dibuka lebih sebulan yang lalu. Saya sekeluarga pun baru saja berkesempatan menikmati keenakannya minggu lepas...
Sedap...
 Menu asas
 Menu baru
Roti telur satu!
Angah Bakar & Ijam serta keluarga
Special..
Zerol kepedasan sampai 3 botol longchan ditogok
Mendidih berasap...

Sunday, March 31, 2013

Majlis perkahwinan anak Baha

Majlis walmatul urus yang telah saya hadiri kali ini juga sangat istimewa. Ini kerana bapa pengantin iaitu Baharudin Alias merupakan teman masa kecil-kecil tahun 1970an dulu ketika saya bersekolah rendah di Kuala Lipis, Pahang. Angah Bakar dan adik Emi turut sama hadir mengimbau kenangan lalu. Majlis di Klang tersebut sangat meriah. Menunya pelbagai dan banyak termasuk apam balik, putu piring, lauk-pauk masakan jawa selain nasi beriani yang sangat sedap dan banyak lagi. 
   Yang paling best sya dapat berjumpa dengan ibu Baha; Makcik Timah yang sangat rapat dengan saya masa muda-muda dulu. Bersua dengan adik-beradik Baha telah membangkitkan nostalgia lama meskipun masa yang ada sangat terhad, almaklumlah kenduri kahwin. Tahniah buat Baha dan keluarga, semoga berjumpa lagi di lain masa...
Bapa pengantin yang ceria
Adik Baha - Khalil bersama isteri dan anak-anaknya
 Bersama Baha dan adiknya; Amer

Thursday, March 28, 2013

Forum Bual Bicara Bersama Pesara Guru

Seronok jumpa teman-teman Guru Besar yang sudah berasara di Perbadanan Putrajaya

Sunday, March 24, 2013

Majlis kahwin anak Makcik Rokiah

Tiap-tiap minggu ada orang kahwin. Majlis perkahwinan kali ini sangat bererti kerana ibu bapa pengantinnya ialah adik kepada ayah saya berlainan ibu yang dah lama kami tak jumpa. Meriah sungguh majlis di Shah Alam tersebut. Abang saya; Bakar, adik saya; Emi dan beberapa orang saudara mara dari Melaka pun turut hadir. Tahniah buat Makcik Rokiah Ithnin kerana menerima menantu. Semoga hubungan silaturrahim ini akan semakin erat..
Semoga berjumpa lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...