Saturday, May 10, 2014

Majlis Anugerah Cemerlang SMK BBST

Walaupun Acik Rohisyam telah pulang bercuti minggu lepas, minggu ini Acik diberi kebenaran khas oleh Sekolah Menengah Sains Muarnya untuk pulang bercuti lagi untuk menjalani rawatan gigi bulanannya serta menghadiri majlis istimewanya iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013. Acik telah dijemput oleh sekolah lamanya iaitu SMK Bandar Baru Salak Tinggi untuk menerima hadiah atas kecemerlangannya dalam peperiksaan PMR 2014 (laporan lanjut kejayaan Acik di sini).  
   Saya dan suami turut hadir bagi menyaksikan majlis bersejarah tersebut. Syabas buat Acik dan rakan-rakannya yang lain atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan tahun lepas. Semoga kalian akan lebih berjaya pada masa depan dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa dan keluarga...
 Acik bersama rakan-rakan menunggu giliran
Ucapan aluan Pengetua SMK BBST - Pn. Norma Daud
Nama Acik no. 33
 Ucapan perasmian Timbalan PPD Sepang - Tn. Hj. Mutalib Tomran mewakili Pengarah JPN Selangor
 Edy datang sekejap
Wak Kamsani (GB SKTPP2 ) dan En. Rodzi (mantan pegawai Prasekolah PPD Sepang) turut hadir untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka dalam STPM 2013 - syabas tuan-tuan!
Tahniah Acik!
Anak kebanggaan ibu
 Acik bersama ayah
Diapit ayah dan ibu
Anugerah berharga Acik
Acik dan rakan-rakan asramanya yang juga cemerlang

Thursday, May 8, 2014

Solat Hajat Baca Yasin Hari Guru Negeri

Balik sahaja dari Konvensyen MGB Selangor diikuti Mesyuarat Agung Koperasi GB Selangor Berhad, saya bergegas pula ke Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA untuk menghadiri Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Guru Negeri Selangor tahun ini. Tuan Timbalan JPN Selangor; Tn. Mohd. Salleh Kasim telah merasmikan majlis..
SK Taman Putra Perdana - AJK Kebersihan
Antara yang hadir - Wan dan Sa'diah
Bersama PK SMK Taman Putra Perdana
Jumpa Yan - wakil SK Kota Warisan
Terima kasih anak-anak buahku

Konvensyen MGB Selangor

Tahun ini konvensyen Majlis Guru Besar Negeri Selangor ke-3 dan Mesyuarat Agung MGB Selangor ke-19 sekali lagi telah diadakan di Flamingo Hotel, Ampang (laporan konvensyen ke-2 di sini dan pertama di sini). Syabas dan tahniah buat Exco MGB Negeri Selangor dan MGB Daerah Hulu Selangor selaku pengerusi atas penganjuran program yang sangat berjaya tersebut. Sesungguhnya program ini telah merapatkan silaturrahim sesama Guru Besar seluruh negeri Selangor ini di samping mendapat maklumat yang berguna untuk digunakan dalam tugas seharian..
Malam pertama konvensyen - slot Ustaz Kazim Elias sangat menghiburkan
 Jumpa rakan NPQH / UPSI - Pah dan Hj. Kadir
Mesyuarat Agung Perwakilan MGB Selangor
Peneraju kuat program tahun ini - Pengerusi Dan SU MGB Hulu Selangor - Zack & kak Yan
Delegasi Sepang bersama Pn. Nor Azian
Jumpa Simah yang sentiasa comey
Malam dinner
 Pengerusi dan SU MGB Sepang - Sukimin & Ishak bersama Pengerusi MGB Klang - Tamyes
Bersama rakan-rakan lama
Pertandingan karaoke - Radziah menyumbangkan suara lunaknya
Big boss Tn. Hj. Mahmudi bawa lagu hindustan lagi
 Wakil Sepang - Latif
 Tumpang sekaki berkaraoke mewakili Sepang
Hari ke-3
Pertandingan perbahasan - Wak Kam memberi hujah-hujah yang menyengat
Ulasan Ketua Juri - Tn. Johari
Persembahan tarian
Action song
Terima kasih kepada MGB Selangor atas sumbangan RM35,000 kepada Jawatankuasa Penganjur Perayaan Hari Guru peringkat Negeri Selangor 2014 - PPD Sepang
Bersama boss-boss JPS - Tn. Johari dan Tn. Hj. Isa
Sebelum balik, hadir Mesyuarat Agung Koperasi Guru Besar Selangor Berhad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...