Saturday, March 27, 2010

Penyampaian Cek PIBG

Tengah hari ni saya, YDP PIBG; Dr. Mohd. Rushdan dan AJK PIBG; Hj. Majed telah pergi ke Kem Biro Tata Negara, Tg. Rhu. Kawan saya, kak Noredzan; GB SK Datuk Abu Bakar Baginda pun tumpang sekali. Kami menaiki kereta Hj. Majed. Sebenarnya semua GB, YDP dan seorang AJK PIBG daerah Sepang dan beberapa sekolah di Kuala Langat dijemput menghadiri Majlis Pemantapan Prestasi Sekolah Bersama YB Ahli Parlimen Sepang dan Penyampaian Sumbangan Cek Kepada PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Sepang. Sebanyak 17 buah sekolah menengah dan 47 buah sekolah rendah yang terlibat untuk menerima sumbangan tersebut.
   Majlis dimulakan dengan pembentangan prestasi akademik PPD Sepang oleh Penolong PPD Sektor Pengurusan Akademik; Tn. Hj. Sailan bin Misran. Ini diikuti dengan pembentangan prestasi akademik PPD Kuala Langat. Apa yang membanggakan saya ialah SKKW telah diwar-warkan sebagai sekolah terbaik daerah Sepang dalam pencapaian kualiti UPSR 2009. Alhamdulillah syukur saya panjatkan kehadrat Allah yang Maha Esa. Moga kejayaan ini dapat kami pertahankan dan semoga akan bertambah baik lagi pada tahun ini. Wahai anak-anak murid SKKW terutama calon-calon UPSR 2010 serta guru-guru dan ibu bapa, marilah sama-sama kita buktikan yang sekolah kita akan terus menjadi sekolah terbaik sampai bila-bila. Bukan saja di daerah Sepang, bahkan kalau boleh ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Insya Allah.
   Dan lebih manis lagi apabila Tn. Hj. Sailan mengumumkan kedudukan Sepang dalam peperiksaan awam 2009 di antara 10 daerah di dalam negeri Selangor;
UPSR   :   Tempat ke-4
PMR     :   Tempat ke-3
SPM     :   Tempat ke-2
   Wow, hebat tu!. Tahniah, tahniah, tahniah!! Sahlah Guru-Guru Besar dan Pengetua di daerah Sepang ini adalah pemimpin-pemimpin yang cemerlang. Dan di belakang mereka adalah guru-guru yang jelas sangat komited lagi berkualiti sehingga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang terbaik. Tahniah juga kepada Tn. PPD Sepang; Tn. Hj. A.Rahman bin Hj. Ngit serta staf-stafnya yang gigih memajukan pendidikan daerah kita ini.
Duduk sebelah YDP dan Timbalan YDP MGB Sepang - banyak benda nak bincang
Antara GB yang hadir
Antara YDP dan AJK PIBG yang hadir
Ahli panel sesi dialog : Pegawai Pengurusan Akademik K. Langat, Pegawai Pengurusan Akademik Sepang; Tn. Hj. Sailan, Datin Azlina (isteri YB M. Zin) dan Prof. Madya Dr. Za'rafan (Pengarah Institut Pemikiran Melayu)
Pengerusi MGB Sepang; En. Yahaya Om memohon peruntukan untuk program kecemerlangan akademik MGB Sepang
YDP PIBG SK Kota Warisan; Dr. Mohd Rushdan mencadangkan diwujudkan anugerah bagi sekolah-sekolah yang cemerlang sebagai pemangkin kepada semua sekolah agar berusaha dengan lebih kuat lagi
YDP PIBG SK Jenderam Hilir
Timbalan YDP PIBG SJKC Sin Ming; Mr. Lee mohon peruntukan yang diberi berdasarkan jumlah murid
YDP PIBG SK Sg. Kelambu, K.Langat mencadangkan PPD K.Langat menahan pelajar-pelajar cemerlang K.Langat daripada keluar daerah bagi mempertahankan kecemerlangan pendidikan daerah tersebut. Cadangan ini disambut dengan gelak ketawa para hadirin
Selesai sesi dialog, En. Ariffin mengambilalih tugas pengerusi daripada cik Rina
YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin b. Mohamed; Ahli Parlimen Sepang diapit oleh PPD Sepang; Tn A. Rahman Hj. Ngit dan Datuk Dr. Abd. Karim Mansor; ADUN Tg. Sepat
YB Dato' Sri Mohd Zin berharap dengan permuafakatan dan sesi pemantapan pada petang ini akan membawa usaha yang lebih bersepadu dan menyeluruh ke arah melahirkan hasil yang bermakna kepada anak-anak kita. Beliau menekankan bahawa Pengetua / GB adalah key success factor. Beliau juga memuji kejayaan lonjakan saujana SK Dengkil. Tahniah Wan!
YDP PIBG SKKW; Dr. M.Rushdan menerima sumbangan dari YB Dato' Sri (maaf ya gambar gelaplah sangat). Dr. diberitahu oleh Datin : We take note your point. Dr. juga sempat memaklumkan masalah sekolah menengah yang masih belum dibina di Kota Warisan. Menurut Dato' : land problem!!
   
   Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang dan semua hadirin menjamu selera sebelum pulang. Sekali lagi terima kasih kepada YB Dato' Sri atas sumbangan yang diberi. Semua sekolah rendah menerima sumbangan RM1,000.00 dan sekolah menengah menerima RM2,000.00 Jadilah..... Terima kasih daun keladi, tahun depan sumbanglah lagi..

Friday, March 26, 2010

AGM Surau

Dah larut malam ni. Saya baru balik dari Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Majlis dipengerusikan oleh nazir Masjid Sultan Hishamudin, Bandar Baru Salak Tinggi; ustaz Hakim. Menurut tuan nazir tu, surau ini merupakan surau pertama yang melaksanakan pencalonan dan pemlihan daripada 7 buah surau yang berada di bawah zon Masjid Sultan Hishamudin BBST. Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS : mesyuarat pemilihan mestilah dipengerusikan oleh nazir masjid. Mereka yang berjaya akan memegang jawatan berkenaan untuk tempoh 2010 - 2013. Walau bagaimanapun, jawatankuasa lama hanya akan dibubarkan berkuatkuasa pada bulan Jun 2010. 
   Pendaftaran dimulakan selepas bacaan Yaasiin sebelum masuknya waktu Isyak......
Pendaftaran kaum muslimin
Kaum muslimat mendaftar
En. Hamdan - Pengerusi Surau sekarang
Muslimat dengan borang undian
Dikelilingi peminat setia
Taklimat cara pengundian oleh En. Zuraidi
Antara kaum lelaki yang hadir
Kaum wanita pun nak menjalankan tugas mereka
Nazir Masjid BBST; ustaz Hakim selaku pengerusi AGM
Pencatat mencatat senarai nama calon
Borang-borang undian dikutip untuk dikira
Calon-calon AJK memperkenalkan diri
   Hasil pengiraan terhadap borang-borang undian, berikut adalah keputusan yang diperolehi;
Pengerusi : En. Hamdan
Imam         : Imam Shukran
Bilal           : En. Suhaimi
Siak          : En. Jamaludin
Pemuda   : Ustaz Zairul
Wanita     : Ustazah Che Norlia
Bilal Jenazah Muslimat : Hjh Azizah
AJK          :
1. En. Nor Aziz
2. Hj. Manaf
3. Hj. Majid
4. Ustaz Radzi
5. Ustaz Irwan
6. En. Yusharizal
7. En. Nazri
8. Cik Mumtazah
9. Hj. Jamaludin
10. En. Nordin
11. Hj. Ishak
    Pengerusi mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Beliau berharap agar AJK yang dipilih dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin bagi menguruskan rumah Allah ini. Semoga kerjasama dan muafakat yang diterjemahkan oleh kariah hari ini dapat diteruskan pada masa depan demi kepentingan penduduk di Kota Warisan ini. Diharap juga agar semua pihak dapat memberikan komitmen kepada AJK dengan hadir dan memberi sokongan terhadap apa jua program yang akan dirancang dan dilaksanakan nanti.
 Bergambar sat.....

Tuesday, March 23, 2010

Maulidur Rasul SKKW

Hari ini 7 Rabiulakhir 1431H, sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKKW. Program ini agak lewat diadakan kerana bertembung dengan pelbagai program sekolah dan jadual penceramah. Apapun bukan bulan yang menjadi keutamaan, yang penting majlis tahunan ini dapat diadakan demi menanam rasa kecintaan terhadap junjungan besar kita; Nabi Muhammad S.A.W.
   Penceramah yang dijemput khas ini adalah seorang ustaz yang mengajar di SMK Jeram. Beliau juga adalah salah seorang daripada Jurulatih Utama Unit Dakwah di JPN Selangor. Ceramah beliau sangat menambat hati murid-murid dan guru-guru. Pengkisahan sejarah dan peribadi Nabi diselang-seli dengan nyanyian, puisi dan dialog serta mimik muka yang sangat menarik. Sistem siaraya sumbangan PIBG telah lebih menyerlahkan lagi persembahan beliau. Syabas dan terima kasih buat ustaz Kamil bin Sidek. Tahniah juga kepada anak-anak murid yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik; berdisiplin dan memberi sepenuh tumpuan kepada majlis ilmu hari ini. Semoga kita mendapat pahala yang melimpah ruah kerana hadir dan menghayati dengan penuh tawaduk isi ceramah yang disampaikan.
Macam biasa backdrop kena ada
Macam biasa Din jadi mc - dapat pujian dari penceramah
Bacaan doa oleh ustaz Firdaus
Khusyuk mengaminkan doa
GB bersama penceramah - ustaz Kamil b. Sidek
Adik Arash Ridzuan memperdengarkan ayat-ayat suci Al Quran
Pemandangan dari belakang dewan
Ucapan aluan GB
Barisan GPK yang serius memberi perhatian
Bersedia menjalankan tugas yang diberi
Sebahagian guru yang sempat dirakam
Kelebihan orang yang hadir majlis ilmu:
1) Mendapat doa para malaikat
2) 1 langkah 1 pahala gugur 1 dosa
3) Mendapat doa makhluk-makhluk Allah yang lain
Satu-satu sayang pada Allah
Dua-dua sayang Rasulullah
Tiga-tiga sayang ibu bapa
Empat-empat sayang semuanya
Persembahan nasyid dari penyanyi-penyanyi yang 'pemalu'....
Syukran ya ustaz
Selesai majlis, seperti biasa tetamu dan semua guru menikmati jamuan yang disumbangkan oleh pihak kantin serta sumbangan potluck dari guru-guru dan staf. Murid-murid juga dapat makan free hari ini. Pihak sekolah juga mengambil kesempatan jamuan tersebut untuk meraikan perpisahan Pn. Nora cc sekolah yang akan bertukar ke KPM mulai Khamis ini. Nora dijemput memberikan sepatah dua kata dalam majlis yang simple tersebut.
Antara guru yang berada di kantin
Mohon maaf atas kesilapan sepanjang berkhidmat di SKKW
Sebak
Cenderahati dari Kelab Guru dan Kakitangan
Cenderakenangan dari teman-teman di pejabat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...