Saturday, March 27, 2010

Penyampaian Cek PIBG

Tengah hari ni saya, YDP PIBG; Dr. Mohd. Rushdan dan AJK PIBG; Hj. Majed telah pergi ke Kem Biro Tata Negara, Tg. Rhu. Kawan saya, kak Noredzan; GB SK Datuk Abu Bakar Baginda pun tumpang sekali. Kami menaiki kereta Hj. Majed. Sebenarnya semua GB, YDP dan seorang AJK PIBG daerah Sepang dan beberapa sekolah di Kuala Langat dijemput menghadiri Majlis Pemantapan Prestasi Sekolah Bersama YB Ahli Parlimen Sepang dan Penyampaian Sumbangan Cek Kepada PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Sepang. Sebanyak 17 buah sekolah menengah dan 47 buah sekolah rendah yang terlibat untuk menerima sumbangan tersebut.
   Majlis dimulakan dengan pembentangan prestasi akademik PPD Sepang oleh Penolong PPD Sektor Pengurusan Akademik; Tn. Hj. Sailan bin Misran. Ini diikuti dengan pembentangan prestasi akademik PPD Kuala Langat. Apa yang membanggakan saya ialah SKKW telah diwar-warkan sebagai sekolah terbaik daerah Sepang dalam pencapaian kualiti UPSR 2009. Alhamdulillah syukur saya panjatkan kehadrat Allah yang Maha Esa. Moga kejayaan ini dapat kami pertahankan dan semoga akan bertambah baik lagi pada tahun ini. Wahai anak-anak murid SKKW terutama calon-calon UPSR 2010 serta guru-guru dan ibu bapa, marilah sama-sama kita buktikan yang sekolah kita akan terus menjadi sekolah terbaik sampai bila-bila. Bukan saja di daerah Sepang, bahkan kalau boleh ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Insya Allah.
   Dan lebih manis lagi apabila Tn. Hj. Sailan mengumumkan kedudukan Sepang dalam peperiksaan awam 2009 di antara 10 daerah di dalam negeri Selangor;
UPSR   :   Tempat ke-4
PMR     :   Tempat ke-3
SPM     :   Tempat ke-2
   Wow, hebat tu!. Tahniah, tahniah, tahniah!! Sahlah Guru-Guru Besar dan Pengetua di daerah Sepang ini adalah pemimpin-pemimpin yang cemerlang. Dan di belakang mereka adalah guru-guru yang jelas sangat komited lagi berkualiti sehingga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang terbaik. Tahniah juga kepada Tn. PPD Sepang; Tn. Hj. A.Rahman bin Hj. Ngit serta staf-stafnya yang gigih memajukan pendidikan daerah kita ini.
Duduk sebelah YDP dan Timbalan YDP MGB Sepang - banyak benda nak bincang
Antara GB yang hadir
Antara YDP dan AJK PIBG yang hadir
Ahli panel sesi dialog : Pegawai Pengurusan Akademik K. Langat, Pegawai Pengurusan Akademik Sepang; Tn. Hj. Sailan, Datin Azlina (isteri YB M. Zin) dan Prof. Madya Dr. Za'rafan (Pengarah Institut Pemikiran Melayu)
Pengerusi MGB Sepang; En. Yahaya Om memohon peruntukan untuk program kecemerlangan akademik MGB Sepang
YDP PIBG SK Kota Warisan; Dr. Mohd Rushdan mencadangkan diwujudkan anugerah bagi sekolah-sekolah yang cemerlang sebagai pemangkin kepada semua sekolah agar berusaha dengan lebih kuat lagi
YDP PIBG SK Jenderam Hilir
Timbalan YDP PIBG SJKC Sin Ming; Mr. Lee mohon peruntukan yang diberi berdasarkan jumlah murid
YDP PIBG SK Sg. Kelambu, K.Langat mencadangkan PPD K.Langat menahan pelajar-pelajar cemerlang K.Langat daripada keluar daerah bagi mempertahankan kecemerlangan pendidikan daerah tersebut. Cadangan ini disambut dengan gelak ketawa para hadirin
Selesai sesi dialog, En. Ariffin mengambilalih tugas pengerusi daripada cik Rina
YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin b. Mohamed; Ahli Parlimen Sepang diapit oleh PPD Sepang; Tn A. Rahman Hj. Ngit dan Datuk Dr. Abd. Karim Mansor; ADUN Tg. Sepat
YB Dato' Sri Mohd Zin berharap dengan permuafakatan dan sesi pemantapan pada petang ini akan membawa usaha yang lebih bersepadu dan menyeluruh ke arah melahirkan hasil yang bermakna kepada anak-anak kita. Beliau menekankan bahawa Pengetua / GB adalah key success factor. Beliau juga memuji kejayaan lonjakan saujana SK Dengkil. Tahniah Wan!
YDP PIBG SKKW; Dr. M.Rushdan menerima sumbangan dari YB Dato' Sri (maaf ya gambar gelaplah sangat). Dr. diberitahu oleh Datin : We take note your point. Dr. juga sempat memaklumkan masalah sekolah menengah yang masih belum dibina di Kota Warisan. Menurut Dato' : land problem!!
   
   Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang dan semua hadirin menjamu selera sebelum pulang. Sekali lagi terima kasih kepada YB Dato' Sri atas sumbangan yang diberi. Semua sekolah rendah menerima sumbangan RM1,000.00 dan sekolah menengah menerima RM2,000.00 Jadilah..... Terima kasih daun keladi, tahun depan sumbanglah lagi..

14 comments:

  1. suka dengan cadangan pelajar cemerlang dilarang berpindah ke daerah lain...
    senario yang selalu berlaku...kan

    ReplyDelete
  2. Salam!!! Cikgu sibuk nampaknya siang malam. Tahniah ...

    ReplyDelete
  3. Sorry la tadi Da sbb tak sempat nak sembang dgn kawan2. sebenarnya saya dtg dgn suami, kesian dia tunggu lama, jadi saya pergi jamuan tadi. tahniah kpd SKKW. sebenarnya Da..saya segan sgt tadi bila YB Zin sebut nama SK Dengkil sbb takut result tahun ni. brgkali sbb hari tu pd 11 Mac dia jemput saya present di Hotel Impian Morib..kita sama-sama doa ya la supaya sekolah kita sama-sama melonjak tahun ni.

    ReplyDelete
  4. Salam aklcitizen : Benar itulah senario yang berlaku. Di sekolah menengah lagi terasa, kan. Tapi apakan daya, dasarnya begitu...

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu Yang : Sibuk adalah kembar kepada setiap kerjaya. Yang penting kita kenalah seronok-seronokkan diri dengan kesibukan itu. Tak gitu, cikgu?

    ReplyDelete
  6. Alahai Wan, usahlah takut. Kita berserah saja kepada DIA. Kalau ada rezeki kita, Insya Allah kita raikannya lagi tahun ni. Berdoa dan bertawakkallah.

    ReplyDelete
  7. tahniah, tahniah dan tahniah....

    keep it up!

    hehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah dan terima kasih atas kunjungan ke blog saya..

    ReplyDelete
  9. salam buat kak aida..
    memang hebat majis tu.......

    ReplyDelete
  10. Terima kasih juga buat Zul dan Paklong.

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Aida
    Semoga sukses semuanya. Sekarang ni, nakhoda-nakhoda sekolah, rendah atau menengah, sampailah ke peringkat tertiari, memang tension selalu, kan cikgu?. Indikator Prestasi memang bagus, tapi juga boleh menggeletarkan, sambil mencabar. Keep up the good work!

    ReplyDelete
  12. Salam tn. Temuk. Tepat sekali kata-kata tuan tu. Bombastik tapi sebijik! Namun suka tak suka, segala-galanya perlu diakur.. Saya yang menurut perintah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...