Saturday, June 23, 2012

Ladap Kajian Tindakan

{Intro : Tak tau nak masuk mana - blog sekolah ke blog sendiri? Last-last buat keputusan masuk blog sendiri. Nak buat macam mana; kebanyakan aktiviti saya sinonim dengan aktiviti sekolah. Mana yang tak melibatkan murid, boleh kot kreditkan kat blog peribadi saya ni.}
   Pagi tadi (pagi Sabtu yang hening) guru-guru datang ke sekolah untuk mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan yang juga dikenali sebagai Ladap 5 yang bertajuk Kajian Tindakan. Ini merupakan Ladap ke-2 melibatkan kajian tindakan. Yang pertama dulu (klik di sini) ditumpukan kepada penulisan proposal, kali ini penulisan laporan pula.
   Terima kasih atas kehadiran semua guru. Sesungguhnya komitmen ini amat selaras dengan aliran dalam bidang pendidikan masakini di mana kajian tindakan merupakan salah satu daripada cabang transformasi pendidikan. Boleh dikatakan semua unit di KPM, JPN dan PPD   sedang rancak mengadakan seminar dan kursus kajian tindakan di merata tempat. Buakan untuk menunjuk-nunjuk, apa yang penting kajian yang dilakukan akan menambahbaik pengajaran guru-guru, mengatasi masalah murid seterusnya berkongsi impak positif yang dihasilkan dengan rakan-rakan pendidik yang lain.
   Last but not least terima kasih kepada Pn. Zurina Yusof selaku  penceramah Ladap tadi yang tak jemu-jemu membantu. Bertuah SKKW mempunyai guru seperti beliau yang merupakan Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri dan berpengalaman membentang kertas kerja di peringkat antara bangsa. Semoga Zurina akan pergi lebih jauh dalam bidang ini dan rakan-rakan serta anak-anak murid menumpang merasa tempias kecemerlangan beliau.
GB memberi ucapan aluan
Zurina menyampaikan ceramah dengan bersahaja
Semua guru yang tiada urusan rasmi hadir
Persembahan power point
Cikgu Abu Bakar membentangkan proposal B.Melayunya yang bertajuk "Sehari Selembar Benang"
Roszila berkonsi proposal BI - "Oh My Tense!"
Menarik tajuk proposal Maths Nazron - "Father Mother Sister Brother"
Ucapan penangguhan GB
Sedikit cenderahati buat Zurina - thanks

Thursday, June 21, 2012

Ziarah Cikgu Basri

En. Basri bin Ahmad; GB SK Sg. Melut (Asli) akan bersara pada 30 Jun 2012. MGB Sepang telah mengatur satu program Ziarah Mesra beliau hari ini - seminggu lebih awal - memandangkan minggu depan ramai GB mempunyai tugasan rasmi yang lain. Seramai 15 orang GB termasuk 3 orang GB SJK(C) telah meluangkan masa berkunjung ke sekolah beliau untuk bersembang dan bertanya khabar sebelum beliau meninggalkan profesion perguruan ini. Selamat Bersara buat cikgu Basri, semoga terus sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang.
Kami terus ke kantin SK Sg. Melut
Jelas keceriaan di wajah Cikgu Basri
Bertanya khabar




Penyampaian sijil MGB Selangor dan Sepang dari En. Yahaya Om (Pengerusi MGB Daerah)
Cenderahati dari En. Yahaya
Dari kak Noredzan
Pn. Asma
Cikgu Zohri dan kak Siti Amarah
Ole-ole murah
Kenangan bersama buat kali terakhir
Selamat Bersara Cikgu Basri

Keluarga besar SKKW

Selesai program Hari Terbuka SKKW hari ini di mana ibu bapa datang ke sekolah mengambil buku laporan Adab Belajar (kad kemajuan) anak-anak, semua guru dan staf yang berpakaian seragam rasmi sekolah telah bergambar kenang-kenangan. Walaupun nampak ramai tapi sebenarnya lebih kurang 10 orang guru tiada dalam gambar kerana bermesyuarat, bercuti dan beberapa tugas rasmi yang lain. Sesungguhnya saya amat bahagia bersama kalian semua..
Turut bersama kami ialah En. Khairi; pegawai dari Bhg Pend Khas KPM yang kebetulan datang memantau Linus Pend Khas

Saturday, June 16, 2012

Majlis perkahwinan anak kak Yus

Hari ini saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak Pn. Yus Asima GB SK Gombak Utara di Kem Wardieburn, Setapak. Wow meriah betul kendurinya! Terima kasih kak Milah GB SK Taman Bukit Indah kerana membenarkan saya menumpang ke sana. Meski kami sampai agak lewat, tapi kami dapat bertemu ramai rakan GB dan puas bersembang sambil bergambar dengan emak pengantin. Tahniah buat kak Yus yang menerima menantu orang Sarawak yang cantik jelita. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Bersama kak Milah GB Gombak yang tinggal di Sepang
Keceriaan emak pengantin jelas terserlah
 Barisan GB Sepang dan Gombak bersama Pn. Patifah Timbalan PPD Gombak
 Depan pentas yang menempatkan pelamin
Rakan-rakan GB :  Pn. Rohaya, Hj. Zaid, En. Hasim dan Pn. Wan Nor Fadriah
 Pn. Rohaya bakal menerima menantu September ni
 Hj. Zul nak balik dah
 Ibu bapa pengantin turut bersanding

Friday, June 15, 2012

KFC tahun ini

Setiap tahun pihak sekolah akan membelanja murid-murid Tahun 6 yang beroleh 5A dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Majlis yang lepas di sini, di sini, dan di sini. Tahun ini, majlis yang serupa telah diadakan pada pagi tadi. Tahniah buat 5 orang hero dan 5 orang heroin yang menjadi idola kepada rakan-rakan yang lain. Semoga kejayaan kalian akan melahirkan lebih ramai murid cemerlang dalam peperiksaan dan ujian yang akan datang seterusnya dalam UPSR sebenar kelak. 
Mengalu-alukan kejayaan murid 5A dengan KFC
(Lagi berita yang sama dalam blog SKKW di sini)

Monday, June 11, 2012

Along bertunang

Sabtu lepas selesailah sudah majlis pertunangan Along Rohaizzad dengan Mawar di kampung halaman Mawar di Felda Bukit Senggih, Jasin, Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga anakanda berdua dapat mengharungi tempoh pertunangan ini dengan sabar. Insya Allah tahun depan, makan nasi minyak pula..
   Sebelum bertolak, kami mengadakan sedikit kenduri tahlil dan doa selamat di kampung saya di Kesang Tua, Jasin, Melaka...
Kenduri doa selamat
7 dulang hantaran pihak lelaki
  2 bentuk cincin - merisik dan bertunang
 Album berisi wang tunai
 
Along di sisi dulang hantarannya
Serba purple
Dah sampai
Majlis bermula
Disaksi saudara-mara dan adik-beradik
Nenek menyarungkan cincin merisik
Ibu menyarungkan cincin bertunang di jari bakal menantu
Bergambar dengan adik-beradik Along
Hantaran sebelah perempuan serba kuning
Bergambar sebelum makan
Jamuan
Along bersama tunangan; Mawar
Bersama adik-adik
Bersama ibu dan adik-beradik
Bersama ibu, ayah, nenek, adik-adik dan sepupu
Menumpang aura Mawar
Saya bersama ibu Mawar
Bersama bakal besan dan bakal menantu
Ayu bersama bakal kakak ipar
Alang pula bersama bakal kakak ipar
Bersama anak dan tunangan
Dah sampai rumah semula
Cokelat dan kek yang cantik lagi sedap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...