Saturday, June 16, 2012

Majlis perkahwinan anak kak Yus

Hari ini saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak Pn. Yus Asima GB SK Gombak Utara di Kem Wardieburn, Setapak. Wow meriah betul kendurinya! Terima kasih kak Milah GB SK Taman Bukit Indah kerana membenarkan saya menumpang ke sana. Meski kami sampai agak lewat, tapi kami dapat bertemu ramai rakan GB dan puas bersembang sambil bergambar dengan emak pengantin. Tahniah buat kak Yus yang menerima menantu orang Sarawak yang cantik jelita. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Bersama kak Milah GB Gombak yang tinggal di Sepang
Keceriaan emak pengantin jelas terserlah
 Barisan GB Sepang dan Gombak bersama Pn. Patifah Timbalan PPD Gombak
 Depan pentas yang menempatkan pelamin
Rakan-rakan GB :  Pn. Rohaya, Hj. Zaid, En. Hasim dan Pn. Wan Nor Fadriah
 Pn. Rohaya bakal menerima menantu September ni
 Hj. Zul nak balik dah
 Ibu bapa pengantin turut bersanding

5 comments:

  1. kami pun pegi makan kenduri tadi impian saujana.. kajang..

    ReplyDelete
  2. Banyak jemputan kenduri yang IM tak dapat pergi.

    Susah nak cakap bila ada yang bertanya, kenapa!

    ReplyDelete
  3. Memang banyak sungguh kenduri sekarang ni. Saya pun banyak tak dapat hadir kerana kita sendiri pun banyak program. Kita doakan semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  4. As-salam Cikgu Aida
    Seronok tengok "BARISAN GB" tu. Sempat daftar utk masuk PRU13 ke Cikgu? Hehehe.

    Banyak kenduri. Ada kawan pakai quota. Satu famili pergi 3 kali saja kendurinya. Kalau jauh, 2 kali. Katanya, tenaga memandu kereta pun sudah menurun, dan pelbagai ko$ yang terlibat pun nak kena ambilkira. Ok juga perkiraan dia kan Cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul le tu. Harap tuan rumah faham. Tapi respect kat kawan-kawan yang boleh pergi banyak kenduri dalam sehari. Ada tu sampai 5, 6 rumah...
      Alahai cikgu Temuk, PRU 13 kitorang daftar mengundi je.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...