Sekali lagi berkesempatan menyaksikan penggambaran program Pencetus Ummah (PU) di KUIS. Kali ini peringkat Separuh Akhir. Memang gilang-gemilang dan terbaikkk. Syabas buat PU Rahmat. Semoga berjaya di peringkat akhir nanti. Duniaku Dakwahku!!
Setelah menghadiri Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 semalam, hari ini pula adalah Hari Pendaftaran Edy masuk asrama SMK Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang. Syukur Edy diterima masuk ke asrama dan sekolah tersebut. Dapatlah Edy bersekolah bersama Acik. Acik pula tahun ini dilantik sebagai Exco Asrama. Mudahlah sikit Edy menyesuaikan diri dan kami sekeluarga pun senanglah hati sikit melepaskan anak bongsu kami tu...
Di tengah-tengah kesibukan mengurus dan membuat persediaan buka sekolah, saya bersama beberapa orang GB Sepang telah mengambil kesempatan mengunjungi Tn. Hj. Jaludin b. Buang GB SK Sg. Pelek, Sepang yang akan bersara pada 2.1.2014 ini. Kami mewakili MGB Daerah Sepang merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan beliau kepada pendidikan negara selama ini. Didoakan agar Tuan Hj. Jaludin akan sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Selamat Bersara tuan haji!
Terima kasih atas jamuan yang menyelerakan
Merakam kenangan bersama YAB (Yang Akan Bersara) Cikgu Jaludin
Selaku AJK Lajnah Surau Al-Hijrah Kota Warisan, saya dijemput lagi oleh Unit Musimat untuk bermesyuarat bagi membincangkan persediaan mengadakan Mini Karnival Surau pada hujung bulan Januari nanti..
Pengerusi JK Mini Karnival Muslimat : Pn. Sharifah
Hadir bersama Ustazah Asiah dan Cikgu Khairusiah
Yang muda dan tua saling berkongsi idea dan tenaga
Bertempat di SK Dengkil, hari ini telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Kepada Pelajar Cemerlang UPSR ADUN Kawasan Dengkil yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Shahrum bin Dato' Hj. Mohd. Sharif. Terima kasih banyak diucapkan kepada YB Shahrum dan tahniah kepada semua pelajar cemerlang yang telah menerima sumbangan tersebut.
Bersama GB SK Taman Putra Perdana - En. Sukimin & GB SK Jenderam - Ustaz Azami
Antara hadirin yang hadir
Ucapan YB Shahrum
Murid-murid menerima sumbangan daripada YB
Lagi laporan bergambar yang sama dalam blog MGB Sepang di sini.
Lama sangat dah tak pergi Fraser's Hill (lebih 20 tahun juga), kami 4 beranak bercuti makan angin sejuk di sana Ahad dan Isnin. Seronoklah juga walaupun impak peningnya pergi dan balik, siap muntah-muntah lagi. Serik juga dibuatnya...
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga dengan kejayaan cemerlang Acik dalam PMR 2013nya. Siapa sangka, budak bertuah yang hanya lancar membaca ketika di Tahun 3, menjadi pelajar Pemulihan Khas Cikgu Jamilah Abu Bakar sampai Tahun 4, terus-menerus mendapat nombor corot & kedua corot ketika di Tahun 5 dan hanya mula menampakkan peningkatan di Tahun 6, masih boleh berjaya sebegitu rupa. Dengan berbekalkan keputusan 4A 1B dalam UPSR, Acik mengorak langkah belajar bersungguh-sungguh terutama sewaktu program 'prep' selaku penghuni asrama SMK BBST serta pelbagai program yang telah diatur sekolahnya. Terima kasih buat Pengetua, guru kelas dan semua guru sekolah tersebut sehingga memungkinkan Acik mendapat keputusan 8A dalam PMR. Alhamdulillah syukur kami panjatkan kepadaMu ya Allah. Semoga Acik akan terus berjaya pada masa depan..
Acik menerima keputusan daripada guru BInya
Bangga menjadi salah seorang daripada 33 orang straights A's sekolahnya
Bersama rakan karibnya; Irfan
Edy ingin menjejak langkah Acik
Anak ibu
Bersama GPK1 SMK BBST - Pn. Nik Ainul
Kenangan ketika Acik bersama 14 orang murid 5A & 18 orang murid 4A 1B ketika menerima keputusan UPSR 2010 SKKW (Acik duduk no. 7 dari kiri)