Friday, September 18, 2009

Pemantauan Calon Guru Cemerlang

Dalam sibuk mood raya, nak cerita sikit pasal perkembangan cikgu kat SKKW. Masa ni sekolah sudah ada 2 orang Guru Cemerlang; Mohd Fakhruddin Mohd Yusoff (Sains) dan Azira Ibrahim (Kajian Tempatan). 4 orang calon guru cemerlang telah dihubungi oleh Nazir dan Guru Cemerlang senior untuk dipantau naik cuti raya nanti. Mereka adalah:
1) Farahdiba Abdul Hamid (Prasekolah) pada 1.10.2009, dan
2) Nordiana Mohd Mohayaddin (B.Melayu) pada 2.10.2009
3) Farizul Karimi Ibrahim (Muzik) pada 2.10.2009
4) Aida Abdullah (Pendidikan Islam) pada 8.10.2009 - terkini
Saya doakan mereka dapat memberi yang terbaik semasa pemantauan tersebut. Semoga mereka berjaya dinobatkan sebagai Guru Cemerlang yang sekaligus akan memantapkan pendidikan di sekolah ini.

4 comments:

  1. tahniah kepada cikgu Farizul selaku guru pembimbing kami ketika berparktikum.. :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Semoga beliau dapat melalui cabaran pemantauan ini dengan tenang dan cemerlang. Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. 3 orang dah kena pantau. Hmmm.... macam ada harapan aje. Tahniah guru-guruku, semoga berjaya!

    ReplyDelete
  4. Semalam ustazah Aida pula kena pantau. Komen pemantau sangat memberangsangkan. Ada harapan empat-empat dapat. Kita doakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...