Friday, October 23, 2009

Berita menarik & pelik

Pagi tadi Allan yang bertugas di Unit SR JPNS tel kata ada surat dari BPSM iaitu surat pelantikan DG41 bagi 520 guru PJJ. JPN akan mengadakan majlis penyerahan surat-surat tersebut pada satu tarikh yang belum ditetapkan. Antara nama-nama tersebut ialah Allan, Pah dan saya. Tarikh pelantikan : 31.12.2008! Apa cerita? Kalau dah tau surat pelantikan kami dah siap, kenapa BPSM masih melayan rayuan permohonan kami minta dilantik pada 3.2.2009 sebagaimana yang diperolehi oleh Rosli?? Keliru saya. Apapun, kita kena redha. Begitulah kusut masainya sistem yang sepatutnya lebih canggih sejak e-permohonan diperkenalkan. Keluar surat, kita ambil. Jangan sampai keluar surat kedua bagi kita tarikh 3.2.2009 pulak. Itu susah mau citer.

2 comments:

  1. Kita selalu memperkatakan tentang keberkesanan perkhidmatan awam. Sesuatu proses yang selama ini ambil masa setahun dijadikan 3 bulan. Yang 3 bulan dah jadi 2 minggu. Itu namanya peningkatan perkhidmatan awam.
    Dalam pengurusan sekolah, kita selalu diminta bertindak dalam masa 1 hari atau 1 minggu, sedangkan sesuatu arahan atau surat itu datang setelah tamat tarikh akhirnya.
    Yang salah, pengurusan sekolah. Lepas tu PPD/JPN akan keluar memo, suroh fax, suroh email dan apa saja bentuk media yang boleh sampai kepada mereka diatas dengan segera. Maka berlakulah maklumat atau data yang tak boleh dipercayai. Janji hantar. AKU PERNAH DI TEGUR KERANA LAMBAT HANTAR MAKLUMAT, A MATTER OF ONE DAY. Aku balas, biasalah mulut aku. PPD sibuk benda lewat 1 hari, kami punya lantikan DG41 dah lewat 2 tahun, tak ada siapa pun nak ambil tahu. Piiiiiiiiiiiirrrrrrraaaaaaaaaah.

    Apa pun aku tetap berpegang kepada JANGAN MEMPERCAYAI JANJI-JANJI KEMENTYERIAN PELAJARAN, they are very-very unpredictable.

    Mungkin mereka GURU, cikgu ni selalunya tak suka diajar oleh orang lain.
    ('Dia ingat dia pandai')Ungakapan Kadir yang menyebabkan geng kami ketawa terbahak-bahak terutama geng-geng macam Pyian, Suhaimi, Berahim dan Linggie. Alah GENG BOTAK LA SENANG CERITA

    ReplyDelete
  2. Realiti seorang guru untuk renungan semua....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...