Thursday, April 1, 2010

Orang Bangkok datang lagi

Hari ini SKKW sekali lagi menerima tetamu dari Thailand iaitu penuntut-penuntut Sarjana Pendidikan dari Universiti Bangkok ThonBuri. Kali ini seramai 130 orang dengan 4 buah bas. Agen yang mengurus lawatan ini memaklumkan kepada kami yang mereka akan sampai pada jam 11.00 pagi. Tapi mereka hanya tiba di sekolah pada pukul 12.45 tengah hari. Banyak sangat halangan di airport. Ramailah, katakan....
   Disebabkan ahli rombongan ramai, mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan mendengar taklimat dan melihat persembahan multimedia di bilik mesyuarat manakala satu kumpulan lagi menikmati jamuan di bilik Kemahiran Hidup. Kemudian mereka bertukar tempat. Sambil-sambil itu, mereka mengambil gambar kenangan dengan guru-guru dan murid-murid di sekitar sekolah. Bukan main seronok lagi murid-murid tu. Sampai ada yang berkata, "Saya ambil gambar 27 kali, cikgu!" Glamour tu.
Pengawas-pengawas telah menunggu sejak pukul 10.30 pagi
Pasukan kompang dengan aksi tersendiri
Pasukan tarian sedang disiapkan oleh cikgu mereka; Pn. Najihah
AJK Jamuan
Rehearsal tarian jap sementara menunggu tetamu
Terima kasih daun keladi Puan Najihah
Gadis bunga manggar - Dayanah dan Nur Irdina
Sabar menanti....
Pasukan kompang bersama ustaz Firdaus
Manalah orang-orang Bangkok ni tak sampai-sampai lagi? Penat dah menunggu
Murid-murid Tahap 1 pun dah balik...
Agen Annie Tour sampai dulu dengan van
Pengawas beratur
Pasukan kompang stand-by
 Haa... tu dia yang ditunggu dah tiba
Ahli rombongan turun dari bas
Ramainya...
Swadikappp....
Dah macam rupa abang Indalah pulak
Persembahan tarian zapin untuk tetamu luar negara
Siap bersila lagi menyaksikan persembahan tarian
 Bergambar dengan cikgu Siam
Cutenya murid-murid SKKW ni
Mendengar taklimat di bilik mesyuarat
Ucapan aluan dari GB. Skrip dalam B.Inggeris tapi mereka tak faham. Wakil mereka translate dalam bahasa Thailand
Cenderahati kek dalam bakul dari pihak sekolah
Bunga telur lagi buat tetamu
Ole-ole daripada pelawat untuk sekolah. Thank you
Jamuan di bilik Kemahiran Hidup
Melawat-lawat sekolah
Bas bersedia meninggalkan sekolah untuk ke Putrajaya pula
Bye....

13 comments:

  1. salam buat akak...
    memang meriah betul...nengok gambor tu dah cukup menggambarkan kemeriahannya...

    ReplyDelete
  2. tahniah3, nt tunggu rombongan lawatan drp sekolah sy pulak....hehe

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu..wah bagusnya sekolah cikgu ni..selalu ke orang orang dari luar negara wat lawatan semacam ini?..

    ReplyDelete
  4. saya pun dapat juga la 7 ke 8 keping bergambar smlm. belum sempat sampai bangkok, tapi gambar dah sampai dulu... ok le tu.

    ReplyDelete
  5. Salam paklong. Memang meriah tapi penat juga. Apa nak kata : Demi negara... Yang tercinta...

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu usop. Nak melawat sekolah saya, kena bawa makanan sendiri. Sebab sekolah kami ni tak dak duit... hehe

    ReplyDelete
  7. Salam relevan. Tak ramai pun. Tahun lepas sekali, tahun ni sekali pelawat dari luar negara melawat sekolah kami. Dua-dua dari universiti yang sama. Agen tu dah target sekolah saya kot.

    ReplyDelete
  8. Salam Aminah. Jadi le gambar sampai dulu Bangkok. Nak pergi sendiri, tak tau bila + risau juga. Ada rezeki Insya Allah sampailah kita

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum

    orang thailand memang tak ramai pandai cakap omputih
    diorang belajar bhs inggeris masa di universiti je..

    ReplyDelete
  10. Salam bungakopi : Saya dulu pun belajar kat UPSI

    Salam a kl citizen : Bercakap dengan mereka macam ayam dgn itik

    ReplyDelete
  11. Salam.. terasa meriahnya owang thai 2 datang..nampak orang paling cbuk gb laa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...