Friday, June 25, 2010

Hari Guru Daerah Sepang

Semalam telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Daerah Sepang di Sekolah Seri Puteri (SSP). Kali ini berbeza sikit dari segi kedudukan. Guru-Guru Besar dan YDP PIBG diletakkan di meja yang sama dengan  guru sekolah masing-masing. (Tak dapatlah nak sembang dengan member-member GB yang lain). 
   Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Hj. Karim bin Mansor, ADUN Tanjung Sepat. Majlis hi tea  ini telah menyaksikan pelbagai persembahan serta penyampaian hadiah dan anugerah kepada warga guru daerah Sepang. Kemuncak adalah penyampaian Anugerah Tokoh Guru Daerah Sepang 2010. Tn. Hj. Hisamuddin bin Hj. Husnin (mantan Pengetua SMK BBST) dan En. Avadiar a/l Paraman (mantan Guru Besar SJKT BBST) telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru tahun ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka berdua dan semua yang telah mengungguli kecemerlangan pendidikan daerah Sepang. Syabas jua kepada semua AJK Sambutan Hari Guru Daerah Sepang tahun ini. "Guru Pembina Negara Bangsa".
SKKW meja no. 20
 VIP yang hadir : Tn. Hj. Azizan Sidin YDP Majlis Perbandaran Sepang,  Tn. Hj. A. Rahman Hj. Ngit PPD Sepang, Dato' Dr. Hj. Karim Mansor ADUN Kaw. Tg. Sepat, En. Amin Ahya Pegawai Daerah Sepang dan En. Mohd. Amin Sulaiman Timbalan PPD Sepang
 Dipanggil duduk kat meja VIP2 mewakili Pengerusi MGB yang tak dapat hadir
Rakan semeja : Tn. Hj. Muskamal Pengerusi PKPSM dan pegawai-pegawai PPD - Hj. Mutalib dan En. Zuhaimi
Persembahan tarian murid-murid SK Pulau Meranti - Johan Kebangsaan 2X berturut-turut. Syabas!
Ucapan perasmian YB Dato' Dr. Hj. Karim Mansor
 Persembahan koir guru-guru Sekolah Seri Puteri
 Sama-sama menyanyi lagu Guru Malaysia
Bacaan Ikrar Guru diketuai oleh En. Awaluddin
GB SK Dengkil; Wan menerima anugerah Pencapaian Kualiti UPSR 2009. Tahniah!
Persembahan angklung dan gamelan SSP
Dikir Barat SSP yang sangat menghiburkan
Perarakan masuk Tokoh-Tokoh Guru
Tokoh Guru 1 : Tn. Hj. Hisamuddin bin Hj. Husnin
Tokoh Guru 2 : En. Avadiar a/l Paraman
Tn. Hj. Hisamuddin menerima anugerah daripada YB. Dato Dr. Hj. Karim
Mr. Aviadar terkenal periang
 VIP bergambar bersama Tokoh-Tokoh Guru Daerah Sepang 2010
Bersama Ziela; wartawan akhbar Sinar Harian
Gembira jumpa Siti Hanim; GPK HEM sekolah lama saya (SJS2 - 2001). Kini PK Petang SK Taman Putra Perdana
Bersama Zahari; pegawai PPD Sepang Unit Sekolah Rendah. Member lama masa di SK LKTP Jengka 23 (1986)
Tumpang pegang hadiah Wan. Jadi le

9 comments:

  1. Selamat Hari Gur kepada warga guru daerah Sepang.



    **Adik ipar saya mengajar di sekolah ini. Guru Multimedia.

    ReplyDelete
  2. Maaf....terlepas aksara 'u' untuk kata 'guru' itu!

    ReplyDelete
  3. Salam ckLah. Adik ipar ckLah mengajar di sekolah mana?

    ReplyDelete
  4. Salam Aida..

    mula2 tumpang pegang, mungkin lepas ini giliran Aida pula. Atau pun memang dah pernah dapat augerah tu?? :)

    ReplyDelete
  5. Salam kakciks. Tak pernah lagi dapat anugerah tu. Insya Allah lain kali.

    ReplyDelete
  6. Aida,
    Tengok gambar-gambarnya pun dah terasa meriahnya.....selamat hari guru.

    ReplyDelete
  7. Salam mantan. Mengimbau kenangan mantan dapat anugerah Tokoh Guru ke? Jasa guru amat besar, tak terhitung dek sesiapa jua.

    ReplyDelete
  8. salam kak..
    yang penting
    ada makan2..he he

    ReplyDelete
  9. Kau ni Zul, makan je kejenye hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...