Monday, July 5, 2010

Pelancaran Dinner

Tajuk di atas adalah peristiwa penting hari ini selain beberapa rakaman diari sepanjang hari ini. Sebaik selesai perhimpunan mingguan, saya memanggil satu taklimat khas yang ringkas dengan guru-guru di Bilik Mesyuarat
Mula-mula cakap benda lain dulu - papan kenyataan dan mesyuarat panitia tentang PST
Sebenarnya nak buat pelancaran Majlis Makan Malam Amal PIBG yang akan diadakan pada 19 November 2010 nanti. Mesyuarat AJK PIBG Sabtu lepas telah menetapkan program tersebut. Harga satu kerusi ialah RM65.00. Saya telah memasukkan RM65.00 ke dalam 'Tabung Dinner' yang disediakan oleh Bendahari PIBG - Cik Norafiza Rais untuk membeli sebuah kerusi sebagai permulaan. Saya juga mengumumkan akan menyumbangkan semua guru seorang RM10.00. Ok cikgu bersiap-siap kumpul duit ya...
 Seorang Pengawas membetulkan tudungnya di cermin muka yang disediakan di kaki lima kelas. Penampilan kena jaga juga
Lepas rehat, cerap ustazah Aida - Agama Tahun 3 Ikhlas
Syabas Aida kerana sentiasa bersedia walaupun baru diberitahu akan dicerap pagi ini
Murid-murid memberi respons yang baik 
(Sorry sambil cerap, sambil snap gambar)
2 ustazah praktikum IPIS - Amirul Shahida (peserta Akademi Al Quran) dan Nazihah terpaksa duduk di bilik j-QAF sebab meja Bilik Guru dah penuh
Welcome back Faiz, Firdaus dan Zaihan yang kembali ke SKKW untuk latihan internship selama sebulan
Maaf ya terpaksa duduk di ruang makan Bilik Guru
(Alif mc hari ini)

6 comments:

  1. Ingat tadi Pn GB dah jadi ustazah.. rupanya sama nama. :)

    ReplyDelete
  2. Yelah kakciks. Ramai cikgu nama seakan-akan nama saya kat sini. Almaklumlah nama tradisi...

    ReplyDelete
  3. salam
    GB
    anak sya sukadapat ambil bahagian dlm minggu panitia

    ReplyDelete
  4. Salam ssibu.. Melibatkan diri dalam program panitia menanamkan semangat juang di jiwa anak-anak

    ReplyDelete
  5. Wah, GB started the ball rolling dan subsidi lagi untuk staf. Sayang boss!

    ReplyDelete
  6. Salam kak Nora. Harap 100% guru dapat melibatkan diri dalam program tersebut dan semua akan memberi kerjasama menggerakkan usaha menambah dana serta menjayakan majlis ini. Sayang cikgu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...