Friday, October 8, 2010

GPK HEM baru

Hari ini sekolah menerima pentadbir baru. Pn. Asnah binti Abdul Ghani telah melaporkan diri sebagai GPK Hal Ehwal Murid (HEM) yang baru. Beliau merupakan mantan GPK 1 SK Pulau Meranti. Sebelum itu, beliau berpengalaman selama lebih 8 tahun sebagai GPK HEM di SK Taman Bukit Indah, Gombak. Selamat Datang dan Selamat menjadi warga SKKW! Semoga kehadiran beliau akan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah ini.
   Tak lupa tahniah diucapkan kepada Pn. Noor'ashikin; mantan GPK HEM SKKW yang telah dilantik sebagai GPK Kurikulum dan Pentadbiran (GPK 1) sekolah yang sama. Pertukaran ini saya kira akan melancarkan pengurusan kurikulum sekolah kerana guru-guru telah biasa dengan Pn. Shikin. Saya selaku Guru Besar pun boleh meneruskan segala misi yang telah dirancang selama ini kerana momentum yang positif itu telah ada.
   Sehubungan itu, pagi ini satu perhimpunan khas telah diadakan bagi memperkenalkan GPK-GPK baru ini. Sesi suaikenal tersebut telah diadakan di tempat perhimpunan sebaik selesai bacaan Yassin.
   Kepada Pn. Asnah, moga beliau dapat menyesuaikan diri dengan warga sekolah ini. Memandangkan pengalaman beliau di banyak sekolah, saya percaya tidak banyak masalah yang akan beliau hadapi. Kepada Tuan PPD Sepang, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana telah meluluskan permohonan saya berkaitan penempatan Penolong Kanan ini. Kami berjanji dan berikrar akan memberikan yang terbaik dalam memartabatkan pendidikan anak-anak murid sekolah ini dan daerah Sepang khususnya. Insya Allah! Marilah guru-guru, anak-anak murid dan seluruh warga sekolah kita memacu kegemilangan tersebut.
 
 
Perhimpunan khas memperkenalkan GPK
GB memperkenalkan GPK 1 baru - Pn. Noor'ashikin yang bertukar portfolio
 Pn. Shikin ingin meneruskan legasi Pn. Sa'diah
 
 GPK HEM baru - Pn. Asnah memperkenalkan diri
 Gandingan GPK yang diharapkan dapat memantapkan pengurusan sekolah (GPK Koku - Pn. Mimi mc)
GB tak jadi pergi Bangkok :(

4 comments:

  1. Pengalaman akan memudahkan segala urusan tanpa perlu memberikan latihan yang banyak. Jadi... senanglah sikit. Semoga barisan kepimpinan baru berupaya mendokong dan menyokong GB.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Faris. Pengalaman dah ada, tinggal nak serasikan ikatan, lepas tu senanglah kerja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...