Wednesday, February 16, 2011

GPK Pendidikan Khas

Tadi pagi, Pn. Nor Mi Aw. Nik; Penyelaras Pendidikan Khas sekolah kami telah menerima sepucuk surat dari JPN Selangor. Isi kandungannya meminta Nor Mi ke Bahagian Pengurusan Latihan, JPS di Seksyen 6, Shah Alam pada hari Jumaat ni (18 Februari 2011). Nor Mi akan menerima surat pelantikan sebagai GPK Pendidikan Khas DGA32. Tapi..... yang suspennya tidak dinyatakan di sekolah mana. Harap-harap dia dapat naik di sekolah yang sama - SKKW juga! Kita doakan sama-sama. Apapun setinggi-tinggi tahniah kepada cikgu Nor Mi...
GPK Pendidikan Khas yang sentiasa komited
Berita terkini 18 Feb. 2011
Pn. Nor Mi sah jadi GPK Pendidikan Khas di SK Kota Warisan. Congratulations!

4 comments:

  1. tahniah kpd beliau atas kenaikan pangkat ini..semoga sumbangannya terus dihargai

    ReplyDelete
  2. Tq Pak Long. Tahniah juga buat Pak Long atas sumbangan Pak Long kepada dunia pendidikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...