Monday, February 14, 2011

Lawatan ke UK Agro Farm Resort

Panitia Kajian Tempatan SKKW akan menganjurkan program Lawatan Sambil Belajar ke UK Agro Farm Resort, Kluang, Johor pada 30 Mac 2011 ini. Lawatan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100.00 termasuk pengangkutan, sarapan pagi, makan tengah hari, bayaran masuk ke tempat lawatan, pemandu pelancong dan insurans pengembaraan. Pembayaran boleh dibuat secara ansuran sebanyak 2 kali. 
   Murid-murid akan dibawa melawat ke ladang biri-biri, burung unta, buah markisa, cendawan, sayur-sayuran herba, perkampungan orang asli dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik. Hasil program ini, adalah diharapkan murid-murid akan mendapat pendedahan dan pengetahuan berguna tentang projek pertanian moden di samping memupuk semangat setiakawan dalam menjayakan aktiviti-aktivit kumpulan yang dirancang.
  Sasaran kepada 80 orang murid yang terawal berserta bayaran. Jom gi Johor!

10 comments:

  1. Salam Kak Aida...

    Rugi murid yang x amik peluang ni..
    Boleh p UK..heheh..
    Saya berminat ngn biz Agro neh..
    InsyaALLAH suatu hari nanti jika ade rezeki...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya lawatan sambil belajar. Tentu murid-murid ada tugasan yang diberi.

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Shinju. Minat yang baik tu. Moga berjaya mencapai cita-cita yang murni tu.

    Salam kak Nora. Tugasan perlu kan untuk memanfaat keseronokan yang diperolehi. TQ

    ReplyDelete
  4. Alamak Maria. Macam dah penuh je quota cikgu2 KT tu. Sampai GB pun tak boleh nak menyelit. Apa kata panitia BI pun buat lawatan juga?

    ReplyDelete
  5. Salam puan..
    Sambutan utk lawatan ini sangat menggalakkan, sampai tak menang tangan saya nak bagi surat kebenaran ibu bapa pg td... Jadi kepada yang 80 murid terawal yang bagi bayaran je dpt pergi nanti.. Siapa cepat, dia dapat!

    ReplyDelete
  6. Salam Zira. Kpd murid yg tak dapat join nanti, usahlah bersedih. Apapun tahniah atas usaha murni Zira dan guru-guru KT. Semoga program ini berjaya, murid2 dpt pergi dan balik dengan selamat...

    ReplyDelete
  7. salam cikgu. better bw budak2 ke tempat gini, drp bw gi genting highland hehe

    :)

    ReplyDelete
  8. Salam intan. Terpulang pada inidividu. Ada gak org kata pergi tempat begini tak ada faedah untuk budak2 sek rendah. Tapi tak ada paksaan...

    ReplyDelete
  9. akak,nak tanya,antra xtvt yg boleh djalankan kt sana apa ye?nak anjurkan lawatan ke UK ni untuk kanak2 prasekolah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...