Wednesday, February 16, 2011

Merentas Desa

Petang tadi berlangsung Acara Merentas Desa di sekolah. Semua murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 kecuali yang mempunyai masalah kesihatan terlibat dalam acara tersebut. Guru-guru juga bertugas sebagai pegawai dan jawatankuasa program. Tahniah kepada semua murid sama ada yang berjaya maupun yang tak berjaya. Sesungguhnya iltizam kalian untuk menamatkan larian menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Syabas juga kepada para guru. Majulah Sukan Untuk Negara!
Cikgu Haryati bersama anak-anak murid selepas selesai acara penyampaian hadiah merentas desa

2 comments:

  1. kalau kat KL ni kena guna istilah merentas bandar kot hehe

    ReplyDelete
  2. Yelah Zino. Kat bandar pun orang guna perkataan desa juga, mana aci. Tapi kalau kat sekolah kami, lebih tepat kalau kita panggil sebagai "Merentas Kota". Lagi tepat rasanya hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...