Monday, April 18, 2011

Impian kita

Setelah diwar-warkan kepada seluruh warga sekolah yang SKKW tercalon sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5, tengah hari tadi saya memanggil semua guru dan staf untuk sesi taklimat penerangan dan pengagihan tugas bagi tujuan tersebut. Saya paparkan konsep dan perincian Borang Pencalonan serta Profil Sekolah yang perlu disediakan (rujuk di sini). Terima kasih juga kepada admin blog JPN Terengganu yang selalu saya kunjungi atas perkongsian maklumat berkaitan Persediaan Sekolah Kluster
   Tarikh akhir penghantaran borang pencalonan dan profil sekolah adalah pada 30 April 2010. Macam tak cukup je masa yang diberi. Tambahan butiran yang hendak dikumpulkan itu teramatlah luas (sejak 2008 hingga kini), tidak banyak pencapaian dan kurang tersusun dari segi dokumentasi. Namun, diharapkan semua guru dapat memberi kerjasama 'mencangkul', 'mengorek' dan mengimbas kembali segala penyertaan, pencapaian dan penglibatan guru serta murid menjurus kepada kebitaraan akademik dan kokurikulum yang telah kita persetujui tadi.
   Meminjam kata-kata pegawai KPM yang saya hubungi tadi, beliau menegaskan sekolah kluster merujuk kepada kepimpinan; baik Guru Besar, GPK, guru dan murid yang dapat mengekalkan kecemerlangan sekolah tersebut. Oleh kerana itulah, profil sekolah perlu memasukkan biodata Guru Besar, latar belakang Guru-Guru Penolong Kanan, kursus dan latihan guru bahkan ada bahagian yang meminta untuk mencatatkan 'Tokoh-Tokoh Yang Dilahirkan'. Sebagai sebuah sekolah yang baru berusia 7 tahun lebih, siapalah tokoh-tokoh yang hendak dipaparkan. Yang terlintas di fikiran saya adalah rakan-rakan Alang yang baru mengambil keputusan SPM baru-baru ini. Tahniah Hanan yang mendapat 10 A+, Amalina (8A+,1A), Hazwan (10A), Rais (9A), di manakah dikau??? Nanti cikgu nak fotostat your results dan sijil-sijil kecemerlangan kalian sebagai bukti kecemerlangan SKKW, ok kan.
   Alahai masa berjalan. Saya kena start buat latarbelakang dan biodata GB ni. Kalau boleh esok nak serah kat Diana dan Norina. Masuk bakul angkat sendirilah nampaknya. Esok dah buat surat edaran nak jumpa GPK dan beberapa orang guru untuk perbincangan lanjut sekolah kluster ni..... Sorry cikgu-cikgu ya. Menyelit untuk persediaan sekolah kluster di celah-celah kerja rutin cikgu dan arahan-arahan JPN, PPD yang tak habis-habis. Insya Allah kita cuba buat yang terbaik. Semoga impian kita akan menjadi kenyataan....

6 comments:

  1. muga berjaya membuat yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. Salam IM dan a kl citizen. Thank you.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum puan GB

    semoga sekolah puan kan terus cemerlang dibawah kepemimpinan puan

    ReplyDelete
  4. moge berhasil titik peluh cikgu cikgu melahirkan mutiara2x umat...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih En. Sahrom. Begitulah hendaknya..

    Salam Ibnu Abdul Rahman @ Rais - mantan anak murid cemerlang SKKW. Sejuk perut cikgu-cikgu memiliki pelajar yang cemerlang dan berhati luhur spt rais dan rakan-rakan. Tahniah Rais atas kejayaan dlm SPM. Semoga berjaya pada masa depan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...