Saturday, April 16, 2011

Senamrobik

Pagi tadi telah berlangsung Program Senamrobik dan Kempen Kesihatan anjuran Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Sepang (MPS) di hadapan Pejabat MPS Zon Kota Warisan. Ahli Exco MPS Zon Kota Warisan - Pn. Lau Weng Chan sebagai tuan rumah. Hujan telah turun dengan agak lebat namun program berjalan lancar.
   Saya selaku AJK telah diberi mandat untuk mengendalikan pertandingan mewarna topeng. Terdapat 3 kategori iaitu prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Hadiah-hadiah telah diberi kepada pemenang-pemenang tempat pertama (wang tunai RM50.00), kedua (RM30.00), ketiga (RM20.00) serta 10 orang pemenang saguhati (barangan keperluan sekolah). Terima kasih buat guru-guru yang telah hadir menjalankan tugas tersebut. Syabas kepada semua murid yang menyertai dan tahniah buat semua pemenang.
Pendaftaran peraduan mewarna topeng
Guru-guru yang bertugas
GPK Koku - Pn. Mimi pun bertugas
Selepas daftar, sarapan dulu
Senamrobik diketuai pegawai dari Pejabat Belia
Kanak-kanak
Ibu-ibu
Ayu dan Alang pun join
Pertandingan mewarna topeng bermula
Edy pun nak mencuba bakat
Pemberian istimewa buat GB oleh Y Kit - kakitangan Columbia Asia Hospital
Kreatif, kan!
Pemeriksaan kesihatan
En. Nat menyampaikan hadiah kategori prasekolah
Pn. Lau menyampaikan hadiah kategori tahap 1
Johan Tahap 2 - syabas!
Ceramah penjagaan kesihatan oleh Y Kit
 Menikmati jamuan

4 comments:

  1. teringat pengumuman kat mashid al-huda sungai ara masa solat jumaat kelmarin. mereka adakan senaman Tai Chi setiap isnin dan rabu di perkarangan masjid.

    sempoi gak, ya!

    ReplyDelete
  2. Wow ada taichi kat masjid, itu sudah bagus...

    ReplyDelete
  3. Salam
    Tahniah kerana berjaya menghendalikan program ini. Bukan senang nak buat benda macam ni. Saya kerap buat semasa bersama arwah isteri. Kini saya menyepikan diri pula.

    ReplyDelete
  4. Salam en. Ariff. Saya AJK je, ikut mesyuarat dan pakat-pakat dengan cikgu2 handle pertandingan mewarna topeng tu. Tapi memang benar susah nak anjur program macam ni terutama nak ajak orang2 tua ni - masing2 sibuk. Nasib baik bebudak tu ada, nampak jugalah kemeriahannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...