Sunday, June 26, 2011

Suara Emas

Lama betul tak bersiaran. Aktiviti kat sekolah banyak cuma ilham nak mencoret tak adalah pulak. Minggu ni SKKW mula buat latihan sukan. Sukan Tahunan ke-8 kami akan diadakan pada 9 Julai 2011. Pada 2 Julai 2011 adalah Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Selasa depan - 28 Jun 2011 Hari Terbuka. Semoga pertemuan ibu bapa bersama guru berkaitan anak-anak murid lewat Peperiksaan Setengah Tahun tempoh hari akan membingkis suasana mesra dan akrab demi kecemerlangan SKKW.
   Esok saya akan ke Kuantan menghadiri Konvensyen Majlis Guru Besar Kebangsaan selama 4 hari. Menariknya, Exco MGB Negeri telah memilih saya bagi mewakili Selangor dalam Pertandingan Suara Emas yang dianjurkan. First time ni - risau juga. Terima kasih kepada cikgu Farizul, Mimi, Salmi dll yang telah membimbing saya memilih dan mencari idea untuk lagu yang akan saya sampaikan esok. Terima kasih juga buat Mariatul atas koleksi dress yang diberi kepada saya untuk saya pinjam pakai semasa acara malam tersebut. Siap brooch pun saya pinjam.
   Alahai suara tak sedap mana pun, saja suka-suka. Kata Amir; "Cikgu jangan minum drinking water tau, minum mineral water". Baiklah Mir...
   Lagu yang akan saya sampaikan dalam pertandingan nyanyian itu ialah...


Thursday, June 16, 2011

YouTube action song SKKW

Nak tengok persembahan action song murid SKKW semalam? Jom layan youtube ini. Terima kasih buat En. Wan Ishak dan keluarga. En. Wan adalah datuk Mahira - salah seorang peserta action song tersebut. Memang cute Mahira dan rakan-rakannya. Love them very much. Once again congratulations to the students and the teachers. Saksikan persembahan Naib Juara Action Song Negeri Selangor 2011.....

Pemantauan nazir dan PPD

Seawal 7.30 pagi, SKKW telah dilawati seorang nazir dari Jemaah Nazir Persekutuan, Putrajaya. En. Aminuddin akan memantau pelaksanaan Dasar MBMMBI (Memartabat B.Malaysia dan Memperkukuh B.Inggeris) di sekolah ini. Selepas berbincang dengan GB, perjumpaan dilakukan di Bilik Mesyuarat bersama GB, semua GPK, Ketua Panitia BM dan BI serta guru-guru BM dan BI Tahun 1. Seterusnya, beliau menjalankan pencerapan dan memantau fail, bilik-bilik khas, mengambil gambar dan lain-lain.
   Pada pukul 9.00 pagi, pasukan pemantauan pengurusan kurikulum PPD yakni Tn. Hj. Sailan, Hj. Zaidi dan Pn. Nor Jehan pula sampai. Selepas perbincangan ringkas bersama GB, mereka kemudian dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk menyemak fail-fail kurikulum yang telah sedia disusun di sana. 
   Lebih kurang jam 10.30 pagi, En. Mohd. Dom - pegawai Unit Pembangunan PPD pula sampai. Beliau memaklumkan bahawa JPN telah menurunkan peruntukan untuk membaiki kerosakan tandas, paip dan tangki septik prasekolah ekoran aduan pihak sekolah pada April 2011 yang lalu. Saya pun membawa beliau meninjau kelas Prasekolah Amanah dan Rasional yang dimaksudkan. Sebenarnya, buat masa ini, masalah itu telah dapat diselesaikan buat sementara setelah sekolah mengupah pihak swasta menyedut tangki septik tersebut 2 minggu sebelum cuti sekolah yang lepas. Tapi berdasarkan pengalaman, masalah itu akan berulang kembali tidak sampai 3 bulan kemudian. Jika itu berlaku, maka lubang tandas dan sinki akan tersumbat lagi.
   Syukur diucapkan atas keprihatinan JPS kerana memberi keutamaan kepada masalah tandas prasekolah kami yang tidak berkesudahan. Selain berbincang dengan guru pra, kami menyerahkan semula laporan dari pihak IWK berkaitan sistem yang tidak betul.  Diharapkan setelah dibaiki nanti, masalah tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya dan sekolah tidak lagi perlu menampung kos menyedut tangki septik yang bukan sedikit.
   Sebaik En. Mohd. Dom meninggalkan sekolah, saya, Pn. Shikin dan Pn. Che Ruzana (guru Bimbingan dan Kaunseling) berbincang di ruang sofa pejabat dengan Tn. Hj. Sailan dan pasukan pemantau PPD berkaitan hasil pemantauan kurikulum hari ini. Berulang kali tuan haji mengingatkan bahawa ini bukanlah teguran. Ok tuan, kami faham dan kami sentiasa menerima dengan hati terbuka. Terima kasih banyak diucapkan buat tuan dan puan bertiga atas cadangan dan nasihat-nasihat yang diberi.
   Sejurus selesai perbincangan bersama pegawai-pegawai PPD, saya dan guru-guru yang berkaitan pagi tadi berkumpul sekali lagi di Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat penutup daripada En. Aminuddin. Sesungguhnya banyak sekali komen dan saranan nazir tersebut yang membuka mata kami dan memberi persepsi yang lebih jelas berkait dasar MBMMBI ini. Saya sangat tertarik dengan pemantauan beliau hasil pencerapan terhadap Pn. Zaidatul dan Pn. Zalina. Menurut beliau, bila melihat murid ceria dan salah seorang murid  mengatakan dia miss cikgu sebab tak datang semalam, sudah memberi gambaran bahawa guru ini memang berjaya dalam p&pnya. 
   Kami juga merasa sangat teruja dengan pelbagai cadangan dan langkah-langkah penambahbaikan yang disarankan seperti carta BM dan BI, pengacaraan program secara dwibahasa, lawatan benchmarking, ICT, kaedah pengajaran, penulisan buku ringkasan, sistem fail dan banyak lagi. Malahan beliau sentiasa menghighlightkan ke arah persediaan sekolah kluster. Thank you sir, we will try our best.  
   Ayuh cikgu-cikgu, saya nampak langkah pertama yang perlu kita ambil ialah membaiki sistem fail kita. Bak kata nazir dan pegawai PPD tadi - jangan ada fail kosong, ikut sistem terkini dan sentiasa kemaskini dengan kertas minit, numbering dll.   
   Taklimat bersama nazir berakhir sekitar jam 1.15 petang. Pada pukul 2.00 petang, semua guru berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 1. Ustaz Efendi dari SK Kg. Bharu Lanjut telah dijemput khas untuk memberikan ceramah berkaitan Motivasi Diri. Menarik sekali cara penyampaian dan bahan yang dipersembahkan. Terima kasih daun keladi buat ustaz. Ada masa jemput datang lagi...
   Seharian melayan tetamu, kat atas meja penuh kad laporan Adab dan kad PLBS murid-murid yang memerlukan tandatangan saya. Belum lagi surat-surat dan Kew. 8 yang juga perlu saya sign. Insya Allah, saya enjoy dengan kerja-kerja ini dan saya bahagia....   
   Murid choral speaking dah balik tapi result belum keluar. Pertandingan ini anjuran Petronas. Johan dan Naib Johan setiap daerah yang dijemput. Semoga berjaya hendaknya.

Wednesday, June 15, 2011

Action Song peringkat negeri

Bertempat di Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berlangsung pertandingan "Story Telling and Action Song" peringkat Negeri Selangor. Peserta SKKW mewakili daerah Sepang. Hari ini juga diadakan program Lawatan Sambil Belajar Murid-murid Tahun 4 dan 5 ke A'Famosa Resort, Melaka. Seramai 80 orang murid diiringi 8 orang guru terlibat. Mereka menaiki 2 buah bas yang begitu mewah dan sangat selesa. 
   Jam 8.00 pagi, saya bergegas ke PPD Sepang untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan PPD bersama Tuan PPD Sepang yang baru - Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan. Oleh kerana terlalu teringin, pada pukul 12.15 tengah hari saya mohon izin Tuan PPD untuk ke SSP bagi menyaksikan Majlis Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah pertandingan Action Song dan Story Telling tersebut. Almaklumlah bukan selalu dapat mewakili daerah. Tambahan pula, melalui laporan dari guru-guru saya di SSP, sekolah kami memberikan persaingan yang sengit juga. Mujur Tuan PPD benarkan saya meninggalkan mesyuarat. Terima kasih banyak tuan.
   Tak sia-sia keputusan saya sebab SKKW berjaya mendapat tempat ke-2 daripada 10 daerah yang bertanding. Tahniah buat murid-murid dan guru-guru. Terima kasih juga buat beberapa orang ibu bapa yang telah hadir memberikan sokongan. Budi baik kalian buat kami sangat terharu walaupun kebanyakan murid sugul dan murung. Yalah kalau boleh, semua peserta nak jadi Johan. Namun syukur Alhamdulillah atas kejayaan ini. Moga ia memberi inspirasi kepada murid-murid dan guru-guru lain untuk menjejak semangat dan usaha keras kalian demi kejayaan pada masa depan.
Macam biasa, murid-murid membaca sebelum loceng berbunyi
Peserta lawatan bersarapan nasi lemak
Edy pun ikut
2 bas membawa 80 murid, 8 guru
Pesanan terakhir emak-emak
Choral speaking buat warm up
Van PPD yang akan membawa peserta action song ke SSP
Terima kasih En. Nan (& En. Zuhaimi)
Bermesyuarat di PPD
Rakan-rakan Pengetua dan GB
12.45, sampai di SSP - majlis penutup belum mula
Tapi pertandingan dah selesai
Jumpa jiran - En. Wan Ishak dan kak Faridah (datuk dan nenek Mahira)
Peserta SKKW menanti keputusan
En. Basrin Yaman (Pen. Pengarah Kanan Unit Koku JPS) diiring masuk
Ucapan wakil PPD - En. Zuhaimi
Di barisan depan bersama Pn. Shikin, kak Normah dan GB daerah lain
Ucapan perasmian En. Basrin
Cikgu Sa'diah GB SK Cyberjaya selaku pengerusi pertandingan bersama VIP
Johan Story Telling - peserta Petaling Perdana (SK Taman Megah)
SKKW - Naib Johan Action Song
Congrats Mahira!
Johan - K.Langat (SK Sg. Bumbun Asli)
Juara bergambar bersama VIP
Persembahan juara
Maria dilantik sebagai hakim story telling
TQVM En. Prem kerana sponsor baju action song
Tahniah beribu-ribu lemon tree buat pasukan SKKW
Bersama teman lama - Rosyatimah (Ketua Hakim Story Telling) dan Sa'diah
Insya Allah tahun depan kita lawan lagi. Esok choral speaking pula. Doakan kejayaan anak-anak kita....

Monday, June 13, 2011

Puppet

Hari ini sekolah dibuka semula setelah bercuti selama 2 minggu. Perhimpunan pagi diserikan dengan persembahan puppet sempena Majlis Penutupan Bulan Membaca. 
Hari Isnin kali ini tema kuning
Normi mengendali Majlis Penutup Bulan Membaca
Ada persembahan puppet - semua murid pandang belakang
Kisah tiung, kambing dan lembu
Guru-guru dan murid-murid seronok
Di belakang tabir - Rohaizat, Yati, Milah dan Normi
Next change - puppet oleh murid-murid pula akan beraksi
Jumpa lagi dalam siri yang akan datang
Aksi 3 'ekor' puppet
Kedai buku berwajah ceria
Hasil kreativiti Milah
Di klinik sekolah - misi memeriksa gigi
Di dewan terbuka - latihan choral speaking giat dijalankan untuk pertandingan Khamis ni
Diikuti latihan action song
Mereka akan mewakili daerah Sepang ke pertandingan peringkat negeri Selangor Rabu ni di Sekolah Seri Puteri
Semoga berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...